Followers

Monday, February 6, 2017

PACIFIER

Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih bernafas hari ini..syukur Ya Allah.. 

hari ni rasa nak tanya laa kan.. penggunaan pacifier pada anak2 kecikkan.. walaupun anak aku dah 4 belum lagi pakaikan diorg pacifier sbb takut gigi jonggang la, nnt susah nak tinggal laa... tapi kan baby kecik anak bongsu manis aku tu kuat menggigit laa xtahan sangat.. sakit.. jadinya rasa nak bagi je dia pacifier.. cumanya berbelah bagi lagi setakat hari ni nak bagi ke tak.. pastu tak tau juga nak bagi yang macam mana sebab penah la beli sebelum ni 3 jenis kot tapi dia tak nak.. dia tetap nak melekat juga.. dah luka luka dah tau.. tak sempat sembuh dah luka balik.. sakit ok... ni pun baru balik dari klinik ambik cream untuk recover.. tapi kena juga bagi solution kat sikecik tu.. dia dah 9 bulan , gigi dah 6 biji ..sakit teramat beb kalau dia dah gigit n susah nak lepas tau... adoiiiii... 

apa nak buat????



Thursday, January 26, 2017

Sambung PhD

Assalamualaikum...


sebenarnya aku dah lama nak sambung belajar, tapi sebab macam2 kekangan aku "pause" kan sekejap cita2 tu..last week roh PhD masuk lagi n remind untuk sambung belajar.. bermulala bacaan demi bacaan, tulisan demi penulisan.. untuk apply PhD kena get ready proposal thesis, atleast 30 pages, aku buat jer apa y mampu.. terkadang terhenti akibat tepu, otak tepu urat banyak dah putus..idea pun tenggelam timbul.. belasah jerla apa y terlintas..

untuk kemasukan Feb dah terlambat untuk mohon jadi kita proceed untuk kemasukan 2nd intake la ye.. dalam hati tu berkobar2 nak juga sambung..harap2 xsyahid di tgh jalan.. katanya std org boleh siapkn Phd ni dalam 4 tahun.. aku ni buat part time jer pun xdela nk cepat2 sgt.. lek lek jeer sambil2 keje n jadi askar kat rumah.. hihi banyak benda pun nk kena buat.. insyaAllah aku yang nak kan? xde org paksa kan? soo hadap jer la jgn nk merungut ye... doa je la y baik2 ye harap dipermudahkan semua urusan.. 

ngantuk beb..bila sampai tepu tu... okla nak tido barang seminit dua... ^_^



NUffnang Ads