Followers

Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

Wednesday, August 17, 2016

A N A K

Aku ada 4 orang anak.. alhamdulillah.. sangat bersyukur dengan segalan pemberian Allah pada aku sekeluarga.. Anak2 aku Kamil, Karmila, Khalish dan Khalisha.. Alhamdulillah susunan yang cantik dariNya... kalau nak sembangkan pasal anak memang sampai sudah xhabis2..ada je nak dibualkan ada je nak dikenangkan..dari sebelum mengandung smpai dah keluar anak tu memang macam2 kenangan dan perkara2 menarik untuk dikenangkan.. Alhamdulillah aku dapat rasa semua tu..macam2 dugaan dan ujian ditempuh.. sungguh Ya Allah aku bersyukur dengan segalanya...

Zaman sekarang ni semua benda mahal, apa pun barang anak2 diutamankan. Zaman sekarang ni anak2 kecil dah xbebas main2 kesana kemari macam zaman dulu2. Aku sentiasa rasa takut nak lepas anak bermain tanpa pengawasan walaupun dikawasan rumah. Aku je ke yang rasa macam ni atau semua ibu bapa ye?? aku y paranoid dengan semua cerita2 dan kejadian2 culik dan macam2 kes jenayah lately ni kan.. aku takut.. Ya Allah..jauhkan semua perkara yang tidak baik dari keluarga ku anak2 ku... berilah ibubapa yang diuji dengan kehilangan anak2 tu dengan kekuatan dan ketabahan, kembalikanlah anak2 mereka.,.. aku pun tak tau kenapa aku buat entry ni, cuma nak luahkan je dengan ketakutan dengan macam2 kes yang jadi sekarang ni.. kesempitan hidup buat orang terdesak buat macam2 bagi meneruskan hidup mereka walaupun menghancurkan hidup orang lain.. Ya Allah berilah mereka hidayahMu .... 

Allah...jantung aku ni macam nak tercabut bila dengar cerita2 yang melibatkan anak2 ni, mungkin naluri keiibuan yang ada, kenangkan anak2... aku jadi takut, aku xkan buka video2 yang diviralkan kalau melibatkan penderaan kanak2, ke ibu bapa ke.. memang xkan buka.. aku fobia dan terbayang2 semua tu nanti sampai aku tak boleh tido,, Ya Allah kuatkanlah hati mereka2 yang diuji... Ya Allah lindungilah anak2 ku walau dimana mereka berada... Allah berilah aku kekuatan menempuh hidup ini. sebak rasa hati ni.. 
kalaula aku dapat bersama anak2 sentiasa tanpa perlu keluar bkerja......................................................


LOVE

Tuesday, April 28, 2015

#Hela Nafas Yang Paling Panjang

Assalamualaikum,

inila baby ketiga yang aku lahirkan pada 26 Oktober 2014... yee cerita lama tapi aku still nak juga cerita dalam blog ni sbb ni blog aku kan,..aku punya suka la...hihi gurau jer..akibat kekangan masa dan busy yang teramat dipejabat buat aku kehilangan masa dan mood untuk update blog.. tapi hari ni nak #throwback juga cerita kejadian bersalin...Due date yang sebenar adalah pada 11/11/2014...

26 Oktober 2014
Lahirnya Putera terindah

aku tido dengan lenanya malam tu.. tapi pukul 2 pagi aku terjaga n rasa macam terkencing.. sebab basah..aku wash n sambung tido lagi, sampai ke subuh aku kerap tukar kain sebab basah jer..aku tak terfikir pulak air ketuban dah pecah.. tapi aku still bertahan sebab tak sakit...sampai la pagi tu aku cakap dengan mak, mak pun dah suh siap2 n p hospital..aku tak nak pegi lagi sebab belum sakit..aku cakap dengan mak yang aku tak sakit lagi..so tunggu punya tunggu sampai la mak dah mara sebab tak pegi2 lagi..so pukul 11 pagi aku baru p KPJ kajang terus ke emergency n LR.. masa diorg tolak naik wheel chair tu pun still basah hihih sebab dah pecah kan.. n aku tak boleh tahan pun air tu... sampai je LB, mr hubby tunggu kat emergency utk register n pelbagai sementara aku pula dalam LR tukar baju n nurse check dah buka 3cm... wohoooo sudah sampai masa... nurse call gynea aku yang waktu tu ada di KL.. n siap cakap "tggu dia sampai"... masa tu aku masih relax sebab tak sakit..serius kali ni memang tak sakit... n nurse check air dah hampir kering so terpaksa induce masuk air..this is 1st time, walaupun masa Karmila dulu pun dah pecah ketuban kat rumah tp belum kering lagi... kali ni terpaksa laa cucuk juga tangan aku drip water... jam nginjak pukul 1 my gynea dah sampai n dia check baru 4cm... agak lambat buka jalan... bersabar lagi hati..pasangla segala alat untuk dengar nadi baby dan bunyi contraction tu... tapi tak kuat... dah pukul 2 sakit mula terasa walaupun belum buka banyak... aku dah mula takut n sakit sangat2 sampai n ambik gas apa ntah.. utk kurangkan sakit..aku sedut macam sedut dadah rasanya hihihi ... tapi sakit sgt2..tp rasa sakitnya tak lama.. kejap2 nurse datang n tanya "ada rasa nak teran x", " ada rasa nak buang air besar x"... masih belum ada ...mungkin sakit yang sekejap2 tu buat aku penat sangat2... sakit yang sekejap n pendek.. masa ada rasa sakitla baru boleh teran..so bila tak sakit aku xberdaya nak teran baby... masuk je pukul 3 aku dah sampai masa..... teran sehabis daya.. aku masih ingt mrhubby disebelah kanan kepala aku terus menerus bagi semangat, nurse ada 6 orang, doc sorg... kali ni memang sakit yang berbeza.. sangat yang Allah je tau...  mrhubby menitiskan air mata bila tgk aku dah tak berdaya... berselawatla dia sapu air selusuh di seluruh muka aku sambil kata2 semangat yang henti2.. akhirnya aku surrender,,, tak mampu lagi meneran, tak berdaya lagi menahan.. hingga pada saat baby keluar aku rasa aku tak meneran pun... sungguh org kata sakit bersalin itu berbeza... rupanya Doc vaccum baby.. Allah sahaja yang tau segalanya... aku memang tak berdaya... tepat 3.46ptg baby seberat 3.46 lahir... Allah syukur Ya Allah... yang buat aku kuat saat melihat buah hati didepan mata... tambah beri semangat bila dengar sang suami mengazankan puteranya.... Allah.. syukur utk segalanya... berat hati menanggung beban, berat rohani menahan rasa... ya..kandungan kali ini terlalu banyak ujian yang Dia beri untuk lihat sejauh mana kekuatan aku selaku ibu sebagai isteri..menguji tahap kesabaran aku ... Allah.. sungguhnya aku sentiasa mengharap pertolongan Mu..aku sentiasa menanti setiap kekuatan demi kesabaran yang Kau berikan untuk aku tempuh dengan penuh kesyukuran... Allah.. sesungguhnya Kau yang Maha Mengetahui setiap ujian yang Kau beri.... Terima kasih Ya Allah... mohon agar aku sentiasa diberi petunjuk dan hidayah agar tidak tersasar dari jalan yang Engkau redhai....
apa yang aku boleh conclude kan, dalam hidup ini tak sentiasa kita di atas, ada masa roda berpusing dan kita akan terduduk dibawah..yang hanya ada waktu itu iman dan kesabaran dalam mencari penyelesaian..jangan cuba lari dari masalah...hadapilah setiap apa yang terjadi dengan tenang dan sabar....


cinta hati ibu....


1 November 2014
Majlis Konvokesyen UPM

Alhamdulillah..aku dh habis belajar... sekarang aku adalah graduan Master Komunikasi Korporat UPM... syukur sangat2... terharu sangat, y teman masa ni mrhubby jer...alkisahnya masa konvo ni baby warded jaundice, so disebabkan aku breastfeed baby so aku pun stay ward juga... makanya mrhubby subuh2 datang spital bawa baju n keperluan segala utk ke konvo pagi tu...baby di jaga oleh nurse kat nursery... masa konvo tu aku baru 5 hari bersalin..tp awal2 mrhubby dah maklum pihak sekretariat upm yang aku baru melahirkan, so aku awal sekali n selesai je ambik scroll boleh terus balik tak perlu tunggu majlis sampai habis... wohoooo so special... yang lagi special penganugerahan kali ni diberi sendiri oleh Sultan Selangor... minta maaf sangat masa buat entry ni pic2 banyak dah transfer ke hard disc... so aku bg pic ada dlm pc jer la ye....tapi alhamdulillah..semuanya dipermudahkan...


terima kasih untuk segalanya mhubby... 


wohooooo dah habis belajar ^_^...
dulu belajar, sekarang mengajar *nientrylainok


7 Feb 2015
Majlis Akikah Ahmad Khalish Akashah bin Arinshah

Alhamdulillah..majlis meraikan Khalish berjalan dengan lancar..kali ni majlis akikah bersama anak perempuan kakak aku yang lahir awal 2 minggu dari Khalish... syukur tidak terhingga dengan segala hikmah yang diberikan... bersyukurlah kawan dengan segala ujian dan kembali kepadaNya..insyaAllah ada jalan yang diberi....mari lihat gambar sekitar majlis...







Khalish bersama Irene yang lahir awal 2 minggu ....


Khalish lahir 26/10 , Saif lahir 25/10 .... ^_^ hensem boy...






Alhamdulillah... aku bersyukur dikurniakan keluarga ini, suami dan anak2 yang terindah... aku mohon Ya Allah, kurniakan kami kasih sayang yang tidak berbelah bagi..kurniakan kai hati yang kuat dan seiring dengan jalan yang Kau redhai..bimbinglah hati kami Ya Allah.. lembutkan hati anak2 kami... jadiakn mereka insan yang mulia, cemerlang, soleh dan solehah didunia dan diakhirat... Ya Allah..sesungguhnya aku berpaut pada petunjuk dan kekuatan yang Kau kurniakan..Aku redha akan segala ketentuanMu..aku yakin akan segalan yang telah Kau aturkan untuk ku..ada hikmah yang menanti... Terima kasih Ya Allah... sesungguhnya Kaulah penentu segalanya.... Amin....

buat anak2 ibu... jadilah insan yang berguna, baik budi pekerti.. sopan kelakuan... hidup ini hanya sekali, manfaatkan setiap nafas dengan hela yang menyenangkan... kalau tidak boleh menyenangkan orang lain, jangan sekali2 menyusahkan mereka... ibu hidup tidak lama, ibu bernafas hanya seketika, andai ibu tidak dapat lihat kalian membesar hingga akhirnya.. ibu redha..ibu bangga telah melahirkan anak2 yang suci murni, baik seperti kalian.. hanya Allah yang ada untuk kalian mengadu...jangan sesekali melepasi garis batasan yang boleh mengundah bahana kelak... 
anak2 ibu yang ibu sayang, setiap nafas dan hidup ibu untuk kalian..setiap penat lelah ibu buat kalian... maafkan ibu andai simpanan yang ada tidak mencukupi buat kalian dimasa hadapan.. ibu telah cuba sebaiknya..semuanya terserah pada yang Esa.. cepat atau lambat ketentuanNya... 

terima kasih semua...maaf andai tersalah kata... kita semua tidak sempurna... Maafkan Aku...



Monday, January 5, 2015

1st Day #ilovemywork

Assalamualaikum....

hari ni 1st day (official) keje selepas cuti pantang yang yang hampir 3 bulan... huaarrgghhhh rasa malas je nak keje, seronok duduk kat rumah membelek budak debab yang makin bam bam tu... rindu sangat.. oh ye hari ni juga 1st day Khalish duduk rumah pengasuh, tadi masa lunch aku call n alhamdulillah baby baik2 saja...  lega sikit hati, tapi aku yang terseksa sikit sebab lupa bawa pam dan terlupa lunch hour aku kena duty UCC so xsempat nak balik pam... huwaaa nangis ok, cover dengan jaket pun boleh bocor juga ke jaket, rugi je susu utk baby.... balik je petang ni terus nak bagi baby, biar dia hisap direct dulu then pam lagi...

oh ye xpernah lagi letak pic baby kat sini kan... nantila ye.. ada entry khas utk kenalkan baby Khalish *budgetretissangat 

okla uols nak buat2 busy sikit...hahah macam mana fikir y baik2, doa y baik2, InsyaAllah dapat pun yang terbaik... ^_^

love u 






Monday, March 24, 2014

M U A L #3rd^_^

mula2 nak cakap alhamdulillah syukur atas rezeki yang diberi oleh Ilahi, sesungguhnya Dia sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untuk aku... walupun aku merasakan masih terlalu awal, tapi siapa aku untuk menolak pemberianNya... pasti ada hikmah dan rezeki tersedia untuk aku dengan kehadiran cahaya mata ketiga ini kelak. alhamdulillah....

ok untuk ayat biasa nya...aku pregnant ^_^ yang ke 3... huhuh adik karmila skrg ni tgh meragam sangat, asyik nak berkepit jer, xboleh berpisah dgn aku... tido celah ketiak, mula2 jer masuk dalam buai, pastu dia pun merengek duk celah ketiak, sabtu semalam dia demam, cian tgk dia.. mak aku cakap dia meragam sebab dia tau dia nak ada adik, so dia nak manja2 dl dgn aku... dont worry sayang ibu karmila, adik sentiasa anak manja ibu... adik karmila tengah nak bercakap tu yang demam tu... sayang sgt budak debab ibu tu. 

ok bercerita tntg 3rd prenancy ni, aku dpt rasa kan kali ni lain sikit, aku baru 3 minggu tapi dah mabuk teruk, seharian mabuk n mual tapi start muntah sama macam masa kamil n karmila, petang sampai ke malam baru start muntah2... tapi seharian yang memualkan sangat tak selesa ok... nak makan buah2 jer yang sejuk2 jer... arggghhhh xtau nak explain macam mana... tapi ini la yang org katakan setiap anak tu lain2 caranya, xpela think positif jer... teruskan jer... n kali ni pun aku rs snagat malas, lembik, ngantuk jer... adoiiii sabar2 bertahanlaaaa.....  hihi be good baby.... 

korang doa kn aku ye, kuat dan tabah menghadapi kelahiran seterusnya.... ditambah pulak melayan kerenah abg kamil n adik karmila... ohh lg 1 menghadap paper research terakhir sebelum bergraduan....yeahhhhhhh insyaAllah selesai jer ni aku akan berkonvo bulan 10 ni.... xsabar2...tapi sekali lagi naik pentas dengan perut besar.... hihihihi....

okla korg doakan yang baik2 ye.... xoxo...

Monday, February 3, 2014

Princess dah 1 tahun ^_^

alhamdulillah..syukur sangat2.. princess, anak dara, buah hati aku tu dah 1 tahun pada 31 JANUARI yang lepas, kebetulan jatuh pada cuti umum.. tambah seronok bila adik beradik kakak2 aku sume balik rumah mak..maka nya mmg seronoklah sambut beramai2... lagi seronok bila kek idaman ada depan mata..syukur Ya Allah.. kek ni pun bukan karmila y nak sgt, ibbu dia ni y gedik2 sgt nak kek ni.. aku mmg teringin nak buat kek macam ni dari ngandung anak sulung lagi tau, dah y sulung boy sudahnya simpan hasrat nak order kek ni... nak buat kek birthday aku macam ni kang org ckp apa pulak, lg xsesuai sbb aku berkongsi tarikh dgn anak bujang aku..makanya syukur diberi kesempatan utk anak kedua ni..so dapatlaa merasa kek princess ni... alhamdulillah....

karmila anak ibu dah 1 tahun... dah  boleh berjalan, dah makan , gigi dah ada 8.... seronok tengok perkembangan dia y memang makin bertambah kembang... tapi perkataan dia masih juga "abah".. aku ckap "ibu" .. dia cakap "abah" juga.... adoiii sentap aku tau... tp xpe bg dia masa lg... macam2 keletah dah skrg.. oh girl is always girl..karmila aku ni suka makeup.. dia suka sejak dekat2 nak cukup 1 tahun, dlaam 11 bulan tu dia suka sgt tgk aku makeup, siap terlopong mulut, pastu nyelongkar beb make up aku.. bila aku nk pakai kan lipstik pandai muncung kan bibir kau... adoiiii anak aku ni.... kalau pakaikn bedak siap pejam mata.. pergghh.. hari tu lagi best, pagi2 aku siap2 nk p keje tgh2 makeup dia ngacau siap pegang kuat lipstick aku, sampai kat rumah pengasuh dia, siap sorok tangan y pegang lipstick tu ke blkg, pastu siap xnk pandang aku... adoii rasa nk cubit jer budak embam tu...bijak sgt... tp tu la penghibur hati, murah dengan senyuman.. gelak tawa y menghiburkan... seronok sgt tgk pkembangan dia.. n alhamdulillah juga susu utk karmila masih banyak..and insya Allah nk susu kan dia sama macam kamil dulu smpai 2 tahun 7 bulan.. tgk la rezeki adik pulak kali ni smpai berpa tahun... dh la adik kuat nyusu.. adoiii tgh tido pun mulut dia still nyusu lg..geram jer bdk kecik ni..tp xpe la jnji adik sihat...

utk adik karmila syg ibu ...ibu ucapkan selamat ulangtahun kelahiran yng pertama.. mbesar jadi anak y solehah, jaga nama baik ibu abah, dengar cakap abg long, jadi adik y baik yer.. ibu syg adik banyak2 tau..buah hati ibu abah n abg long..

harap maklum..pic adik karmila banyak... sempena birthday y pertama....

yeahhhh adik dah 1 tahun..... sy dh besar....

birthday girl buat muka ngantuk....

yeahhh potong kek sama2 ibu....

meh meh ibu suap kek yeee... cyg ibu

tgkk adik karmila, bukan dia heran pun dgn kek tu, y tiup lilin pun abg2 sedara dia n abg long dia... muka pun dah boring dh tu...

abg long n the geng... terus xnk bgambar..asyik main jer..

buah hati abah...


cewaahh baru boleh jalan dah nak seneget2 kn kaki dah...

pose seksi baru bangun tido....


macam ni la gaya sentap kena mara dgn ibu, tapi air mata xde..keras duk mcm tu jer..


haa nak nanges... duduk kat blkg dgn kak ayu y manis/..


lepak dgn nenek ptg2 adalah kewajiban...


kalau naik pun dia laju, pastu ngundur jer pastu acah2 nak jatuh biar sume org jerit kat dia,pastu dia gelak..noti yee

sejak pandai jalan ni, dah xnk naik lori tu dia tolak jer...laju pulak tu...

naik moto keje abah.... kecik sgt adik dgn moto tu...

gedik sgt nak pose mcm tu...

feveret adik karmila...main piano... curlass anak ibu...


ehh mana pic kek adik...

tadaaaa.........



i love it.... n i know adik karmila pun suka...hikhikhik....

okla entry ni dh over pjg... 

happy birthday Adik Aimi Karmila....ibu syg awk sgt2...



Monday, December 9, 2013

Kamil Karmila #1

Assalamualaikum..

lama xcerita hal anak2 kan, maklumla..ibunya sibuk sangat.... tapi memang ye uols, aku sibuk yang teramat, date untuk present research project makin dekat, gila xsibuk nya... dengan kawasan baru yang ditugasakan bawah jagaan aku tu lagi nak diuruskan... banyak sangat memang xsempat..hari tu busy sbb due date utk present n submit assignment.. xsangka aku dah nak final exam, n next sem adalah last sem utk master...serius xsangka...macam baru jer semalam register *ayatniakandiulangmasanakhabisbelajarnanti....

ok2 dah xmo cite benda lain, nak cite anak2 jer....

1. Ahmad Kamil Akashah a.k.a abg long

membesar bagai juara....wahh macam duta MILO jer, eheh alhamdulillah selera makan makin bertambah, tengah cuti sekolah ni dia still kena baca buku juga n buat homework yang disediakan oleh Teacher Ibu..hihi tu yang dia bengang tu sbb teacher nya Ibu..maka harusla garangnya lebih sikit, sebab bila dilayankan dia punya akal tu memang ada jer nak ngelaknya... 
contoh akal dia xnk buat latihan:-

                      a)mata kamil rasa nak pejam dah ni...
                      b) kaki kamil sakit xboleh jalan *walaupun tulis dengan tangan 
                      c)tiba2 kamil rasa nak ek ek laa ...

adoooiii penat juga tau, sbb macam2 ayat kena fikir nak tackle dia suh buat latihan... lagi best bila dia bawa buku latihan p umah pengasuh, balik2 rumah aku tengok dah siap dah setiap mukasurat yang aku dah tanda tu, pastu slumber jer dia cakap bukan kamil yang buat kakak yang buat.... terbaekkkk anak ku.... 
makin membesar ni, makin menguji..ada jer nak buat aku marah, tapi yang aku cair tu sbb pas aku mara dia pujuk aku ..adoiiiii tapi kontrol lagi mara sbb xnak dia ingt bila dia dh pujuk tu aku ok.. mulut manis ni anak bujang aku ni..... xpela kamil apa yang ibu yakin adalah, setiap anak tu ada kelebihan dan kekurangan tersendiri, ibu terima seadanya, ibu lakukan apa yang terdaya... ibu harapkan yang terbaik untuk anak2 ibu.... ibu sayang hensem boy ibu.... ^_^ 




pic ni masa aku pakaikan abg long cream sbb dia kena ulat bulu, habis naik merah2 badan dia... 

 



2. Aimi Karmila a.k.a adik embam

adik juga membesar bagai juara... sekarang adik dah 11 bulan, next month birthday adik yang pertama...aku belum plan lagi birthday party adik, ntahla xtau nak buat apa, y pasti masa tu memang free n wajib buat birthday party adik..aku akan plan dalam masa terdekat atau selepas present project aku tu, kalau xbuat besar pun adik beradik jer dah besar dah...cukupla mana y ada... atleast aku sambut walau sekadar dengan sebiji kek... wahhh ok sekarang adik ada 7 gigi, dah boleh berdiri sendiri, lepas tangan, suka buat muncung kalau cakap "busuk"...dia tau cakap abah jer..walaupun tgh nak bf, still abah juga yang dia sebut, aku ajar IBU, dia sebut ABAH... ok ibu frust... xnak kawan adik..even abg long dulu pun dia sebut ABAH dulu..sentap ok. 
sekarang adik suka baca buku abg long tapi lebih kepada koyak daripada baca.. dia suka menung depan pintu rumah sambil rambut kibar2 kena angin, drama sangat...pastu bila penat niarap dia bergolek sesuka hati..aku geram jer... adik kuat makan sangat skrg ni, suapla apa saja dia makan dengan seleranya, compared to abg long dulu sangat memilih... sekrang ni kalau suap makan sudu tu lambat jer smpai kat mulut dia, dia yng dekatkan mulut dia kat sudu..faham? bayangkanlah sendiri yer...so far alhamdulillah..aku bersyukur dengan perkembangan dia... syukur sangat...ibu sayang anje ucuk ibu ni...^_^






i love my family..terima kasih Ya Allah untuk segalanya..

Monday, October 7, 2013

Ehh..Bagan Lalang....??


pelik jer tajuk boleh jadi soalan... memang pun mengejut jer hujung minggu semalam , ntah macam mana boleh sampai BL, aku cakap nk makan seafood jer.. alih2 terus sampai BL..tp ofcourse la BL seafood memang sedap kan.. terbaik + murah... sebenarnya mmg xplan langsung nak ke BL..asalnya nk kuar lepak2 n jalan2 n makan2 jer.. kuar rumah pun pukul 3 lebih..tetiba terlintas ke sana... terus sampai... kamil siap tido2 lagi, bila bangun terkejut dia tengok laut depan mata... 

kamil dah nak terjun jer dah, tapi mana bawa baju... aku dah cakap dah kamil pakai boxer jer mandi, tapi abah pulak xbagi... baju adik memang aku bawa lebih, abg long yang xde baju...adik karmila pula takut ..aku jejakkan kaki ke air laut tu dia dh jerit2 dah... kamil sudahnya basah sluar jeans..abah tetap xbg mandi juga... lagi pun dah senja masa tu.. sebab sampai2 ktorg makan dulu baru jenguk laut... hihii.. tp cantik juga senja2 tu kat laut BL..terus teringat2 makan kat Jimbaran , Bali...

oh semalam dah discuss nk bawa anak2 bercuti...aku pun masuk je opis pagi ni terus semangat check tiket n tempat y sesuai.... hurmmmm aku macam nk ke Phuket tapi kawan2 ckp mcm xsesuai pulak bawa anak2... hurmmm ke mana ye korg rasa y sesuai? xpela sementara fikir2 ni meh tgk pic semalam..

adik karmila tido lena..sbb tu lmbt keluar sbb bdk kenit ni tido lena sangat.....

yeahhh sampai jer terus cari kedai ni Senandung Malam.... sedapppp

abg long baru bangun tido, terus mnta mainan....

ibu n adik embam.....


sebelum makanan sampai..suap adik karmila dulu..skrg ni p mana2 msti bawa bubur dia... klu x suara dia jerit2 nnt nk makan nasi....

tadaaa dah sampai.... semua sedap... hurmmm rasa macam ada y kurang...ohh udang bakar xsmpai lg masa ni... sume terbaekkkkk


1st time adik karmila jejak air laut... menjerit2... tgk tu tiap kali abah dukung adik msti skirt terangkat sampai ke dada./....adoiii 


cian abg long xdpt mandi laut... sabar ye..next time kita mandi laut...ni xplan pun cyg ibu...

tu pun dh ketengah2 jugak dia pegi, dari pada nak basuh kaki terus basah seluar sume...


buah hati ibu...

haaaa nmpk tu seluar dah basah sampai pinggang....

ibu dgn adik sementara tunggu abah siapkan abg long, buat susu.....

disebabkan seluar dah basah snagat, abah buka terus haaa pakai suarpender jer sudahnya..... masa ni dia mara aku snap pic dia, malu katanyaaaa... hikhik 

ok la nk balik dah...

next time utk mandi manda boleh bawa nenek sekali.... 

ok BL we will come back..... n ofcourse Senandung Malam Restoran......

ehh ada juga..... ^_^ 


NUffnang Ads