Followers

Wednesday, November 27, 2013

Positif Denggi

Assalamualaikum,

maaf sangat2...hampir 3 minggu blog sepi tanpa berita..lepas jer konvokesyen yang berlangsung selama4 hari kat tempat keje aku, hari y ke4 aku dah halfday EL sebab demam teruk, in fact masa 2nd day lagi aku dah start gigil demam dah, tapi aku gagahkan juga sebab banyak perkara...so pas jer habis tu aku terus bercuti 2 minggu sebab aku ingt demam biasa tpi bila doc check darah rupanya positif denggi.... hambeeekkkk ingt demam biasa jer..xsangka pulak denggi kan.. makanya bermalam la di Wad beberapa malam, samapi aku minta keluar sebab duk fikirkan anak2 n kelas yang dah beberapa kali xdtg... mr.hubby pulak dah berapa hari cuti duk nemankan aku, so risau juga..walaupun platelet belum naik di tahap y normal aku mnta balik juga n nak kontrol kat rumah sendiri, tapi hampir 2 minggu aku berulang ke spital utk check darah..y menakutkan bila doc cakap kena warded balik sebab platelet makin turun..OMG...xmo duk spital...aku pujuk2kan juga doc tu, n akhirnya esok tu aku xdtg dah check darah..makanya berehat sendiri di rumah n minum air banyak... n now... alhamdulillah aku dah ok dah semalam baru start keje... alhamdulillah... moral of the story, xyah nak poyo sgt la tunjuk gigih sgt nk bekerja walaupn dah demam, agak2 dh xsihat tu rehat jer kat rumah atau MC jer..

berita sedih lagi, semalam aku update software hp, langsung hilang segala picture y nak di update di blog, nak share juga khamis lepas kelas aku ada buat company visit, n weols pegi Formula 1 kat Sepang nun... masukla muzium kereta entik dia..tapi gambar semua hilang.... adoiiii xde kenangan dah.. sedih tapi redha
okla korg aku ada banyak benda nak kena uruskn ni..nnt ada masa kita update lagi ye...terima kasih...xoxo


Friday, November 8, 2013

5 Tahun sudah


Alhamdulillah syukur, usia 5 tahun ini masih terlalu awal untuk sesebuah perkahwinan, kami masih berusaha untuk stabilkan segalanya, bak kata org dolu2, baru nak hidup... ye...mmg baru nak hidup, segala ujian dan dugaan harungi bersama..cuba menjadi insan terbaik dan saling melengkap antara satu sama lain... biar org luar tgk hidup kita tersenyum riang, hakikat tak perlu dicerita semua..mak selalu pesan, jgn membuka pekung didada, simpan sendiri bila dah berkeluarga..kerana tak semua orang di luar itu niatnya sempurna, kelak menepuk tangan sahaja..... ye..banyak pesan mak yang aku ingt...... makan atau x, cukup atau x, simpan dalam rumah sendiri jer, jgn bawa keluar... ye..alhamdulillah..pesan mak masih terngiang ngiang di telinga...

Alhamdulillah syukur, usia 5 tahun perkahwinan ini kami dikurniakan sepasang cahaya mata, penyeri rumah kala suram, menawar kala duka.... segala yang terindah hadiah dari Ilahi, syukur dengan kurniannMu Ya Allah... namun aku masih belajar menjadi ibu yang sempurna, bila melihat kehidupan penuh pancarabora kala ini, menyedarkan aku untuk terus memberi yang terbaik untuk anak2 aku, bekalan untuk mereka kala aku telah tiada...kadang2 terjerit jerit juga mara kn anak, aku sedar ianya salah..namun aku masih belajar menjadi ibu y sempurna.. Ya Allah berilah aku kekuatan untuk mendidik dan membesarkan anak2 aku, izinkan nafas ini bertahan hingga saat anak2 ku mampu berdikari sendiri...izinkan aku terus memberikan yang terbaik untuk anak2 aku..masa depan mereka..izinkan aku menjadi ibu yang sentiasa berlaku adil pada anak2 ku, mohon dijauhkan rasa pilih kasih antara anak2aku.. izinkan aku menjadi ibu yang terbaik utk mereka, Ya Allah.. murahkan rezeki anak2 aku.. jadikan mereka insan yang berguna, insan yang beriman, insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Alhamdulillah syukur, usia 5 tahun perkahwinan ini berjaya ditempohi dengan kecekalan di hati, segala yang diuji menjadi pengukuh kasih dihati..segalan dugaan dan kesilapan diambil dari sudut positif untuk pembaikan diri, terus menjadi pasangan yang melengkapi...sakit pening bersama, jatuh bangun sentiasa ada, xtido malam memikirkan masalah yang mendatang... semua itu menjadi pendorong untuk terus bekerja keras memberi yang terbaik untuk keluarga yang semakin berkembang. anak2 menjadi keutamaan... Ya Allah kurniakn kesihatan tubuh badan akal fikiran buat kami suami isteri agar cekal menghadapi liku2 hidup ini bersama, menghadapi susah senang ini bersama...izinkan kami suami isteri bersama hingga ke syurga Mu Ya Allah.. izinkan kasih sayang ini abadi bersama..jauhkan segala perkara yang tidak baik utnk masa depan keluarga kami Ya Allah...jauhkan segala rasa curiga salah sangka dari hati kami Ya Allah.. izinkan semuanya berjalan lancar..dipermudahkan dunia dan akhirat..

terima kasih YA Allah atas segala kurniaanMu...

buat kamu suamiku ... semoga cinta dan kasih sayang ini kekal hingga ke akhirnya............ 







selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 5 utk kita mr.hubby.... luv u ^_^

NUffnang Ads