Followers

Monday, August 19, 2013

Sembelit.

hurmmm susah hati ibu tidak terkira... ehh macam nak pantun pulak...aku risau ni, adik Aimi dari semalam x ek ek..sbnrnya dari sabtu , last aku wash dia ek ek hari jumaat , hari sabtu xde, ahad pun xde, n aku tgk dia macam susah nak ek ek...kalau masa aku pegang dia, siap gigil2 meneran... arghhhhh rasa nak nanges... makuaku dah pesan jangan bagi makan dulu, tapi bila p check up doc dah suh bagi makan.. aku pun bukannya bagi dia makan nasi lauk campur pun, cuma bagi nestum jer..n bukan kerap pun..malam tadi berjaya gak ek ek seketul jer n kecik, pagi tadi tgk dia ek ek juga seketul juga tapi besar sikit.. 

soryy kalau ada yang baca ms tgh makan, think positif ini fitrah hidup  n semua org mengalami..anyway baby jer kot, jgn la imagine y over sgt... 

aku cuma meluahkan rasa susah hati aku pagi ni, tadi masa hantar kat mak Ila *pengasuh , dia pun buat muka risau, bukan risau xboeh handle tapi risau kesian kat adik aimi.. for sure semua org penah mengalami sembelit kan , kita y besar ni pun tau mcm mana rasa dia kn, so utk adik Aimi, very the very kesian.... mungkin aku yang salah , kurang bagi dia minum susu kot..sabtu ahad semalam aku xbg dia makan dah, full bf jer..tu y pagi td dpt ek ek kot..aku ada terbaca dalam blog baby tadi y sembelit utk baby tu normal sbb dia baru diberi makanan pejal n proses bdn baru nak biasa dgn pembuangan y lebih pejal... 

meh aku letak sedikit petikan dari blog sembelit

Bagaimanakah saya boleh merawatnya?


Anda perlu bertanya dengan pakar pediatrik anda sebelum mencuba apa-apa untuk melegakan keadaan bayi anda. Anda akan diminta membawanya untuk pemeriksaan. 

Bagi bayi yang lebih berusia yang makan makanan pejal, tanya doktor anda sama ada sesuai jika ditambah beberapa sudu buah prun yang dipurikan ke dalam makanan paginya atau diberikan dua sudu jus prun. 

Sesetengah pakar menyarankan supaya menambah satu sudu teh bijian bran ke dalam bijiran bayi anda untuk menambahkan serat, tetapi jangan terlebih tambah. Cuba berikan bayi anda buah-buahan dan sayur-sayuran (tetapi dengan sedikit-sedikit sahaja) supaya dia mendapat serat secukupnya dan juga mendapat minuman air yang banyak, termasuk air kosong. 

Cara-cara berikut juga boleh membantu: 

  • Cuba gerakkan kaki bayi anda jika dia sembelit. Ini akan membantu menggerakkan najis di dalam ususnya.
  • Jika dia makan makanan pejal, kurangkan makanan penyebab sembelit seperti nasi, pisang atau bijiran.


Sembelit pada bayi adalah perkara biasa, terutamanya apabila mereka mula makan makanan pejal sebab badan mereka baru belajar bagaimana menguruskan makanan baru. Dengan perhatian anda dan rawatan yang baik, lama-kelamaan, dia akan membuang air besar dengan lebih mudah dan tetap. 


hurmmm think positif, harap2 perkara ini tidak berlarutan... utk adik Aimi dua tiga hari ni ibu terpaksa skip kuantiti makanan adik..minum susu jer ye syg... ibu syg adik..ibu sedih tgk adik nanges nak ek ek... harap2 adik ek ek dgn lancarnya hari ni n akan datang ye. syg adik sgt2...



No comments:

Post a Comment

NUffnang Ads