Followers

Friday, December 26, 2014

~ Entry Terakhir ~

Assalamualaikum...

tajuk agak suspen, ... anyway apa khabar semua? ada ke lagi yang sudi buka blog yang ala ala jer ni..dahla xupdate2 kan... mungkin entry kali ni agak panjang akibat lama menyawangkan diri...

aku pun tak pasti kenapa masa preggy memang xde mood langsung, lepas tu aku dah pun cuti awal sebelum bersalin akibat beberapa masalah kesihatan yang tak dapat dielakkan hingga la habisnya cuti pantang..dan hari ni adalah hari pertama kembali bertugas selepas bercuti pantang, tapi sehari jer lepas ni sambung lagi cuti seminggu... ^_^ aku tak sempatnya nak update2 blog kat rumah..maklumlah amanah dah semakin bertambah, maka makin banyakla tugas yang perlu dibuat dan makin banyakla tenaga yang digunakan dan masa yang dihabiskan dengan melayan kerenah amanah ku tu... jadi mehh kita cerita dulu yeee.....

1. Alhamdulillah tanggal 26 Oktober 2014, 3.15 ptg aku dah pun selamat melahirkan putera yang tercinta Ahmad Khalish Akashah di Hospital KPJ Kajang *KPJ xsponsor aku ok, bukan retis  pun...  ok kelahiran kali ni sama macam Karmila, air ketuban dah pecah di rumah dari tengah malam dah leaking, tapi sebab tak sakit aku diamkan je.. masa tgh malam sampai ke subuh leaking agak slow, start subuh dah leaking makin banyak n kain batik pun dah habis dek asyik menukar kain yang basah jer..so mak dah bising suruh pegi klinik makanya aku pun pegi laa walaupun masih tak rasa apa2.. tp dalam hati berdebar2 juga takut dah kering n membahayakan baby... memang betul pun sampai je kat klinik mmg air ketuban dah nak kering so nurse drip water.. n bukaan dah 3 cm.. nurse pun call Dr aku n dimaklumkan Dr otw dari KL.. so aku relax lagi n still belum sakit... masa dah menganjak ke pukul 12... bukaan masih perlahan... atas nasihat Doc, nurse induce aku ikut tahap yang ditetapkan... makin lama makin kerap n makin sakit.. tapi sakit yang sangat sekejap.. aku pun pelik... kenapa kali ni agak berbeza dgn Kamil dan Karmila... hati berdebar2 tak kira..jantung semakin laju tapi kuatkn semangat, dah aku pesan pada Mr Hubby andai aku tak punya kudrat yang kuat aku redha di bedah..kerana kali ni sangat berbeza.. jantung aku kerap laju yang teramat menyebabkan aku lemah dan gelap mata... takut tak punya daya meneran buah hati tersayang... masa menginjak ke pukul 3.. sakit semakin kerap bukaan dah pun 8cm... tapi sakitnya sangat sekejap... nurse datang tanya "ada rasa nak buang air besar x"... aku cakap ada tapi sekejap jer... Doc pun masuk, separuh bahagian katil dari bawah punggung di cabut, kaki aku dinaikkan ke stand yang disediakan... dalam hati berdebar2, jantung semakin laju... aku redha Ya Allah apa jua kehendak Mu.... kuatkn semangat.. Alhamdulillah Mr.HUbby sentiasa di sisi memberi semangat dan berzikir di telinga aku... air mata mengalir laju... sakit kuat makin terasa tp terlalu sekejap untuk aku teran buah hati ku.. saat rasa itu menjelma aku teran sekuat hati, tapi sakitnya terlalu sekejap..akhirnya aku penat dan x punya daya.... Doc tak bagi operate kerana baby hampir keluar... Doc sendiri rasa pelik sbb aku tak rasa sakit tu, sakitnya sekejap sangat... akhirnya Doc terpaksa bantu dengan gunakan Vacum... Ya Allah..saat buah hati ku keluar aku menangis semahunya kerana kali ni terlalu berbeza Ya Allah... namun hati terubat saat nurse letak buah hati di dada ku... untuk ku kucup...Ya Allah aku bersyukur dengan kurniaanMu dengan ujianMu Ya Allah.... hati bertambah syahdu saat Mr Hubby azankan buah hati kami... Alhamdulillah... berat baby 3.4kg semasa lahir... menurut Doc saiz lilitan kepala baby besar... Allahu Akbar.. Syukur juga aku berjaya melahirkannya walaupun awal dari tarikh kelahiran yang dijangkan iaitu 11/11/2014 ... buah hati ibu.... seminggu selepas lahir baby dikesan Jaundice, kena tahan dibawah lampu 3 hari.. aku pun stay kerana breastfeed... aku redha kerana hanya itu penawar masalh kuning.... dan Alhamdulillah selepas hari ketiga bacaan normal dan baby dibenarkan pulang... Syukur Ya Allah... kenangan melahirkan kali ini akan sentiasa segar diingatan dan bila dikenang kembali air mata ini akan segera mengalir... Allah Ya Allah....

2. Alhamdulillah tanggal 1 November 2014 adalah Majlis Konvokesyen aku...syukur aku berjaya menamatkan pengajian Master in Komunikasi Kosporat selama 2 tahun di UPM... aku datang majlis dengan Mr Hubby.. Mr Hubby yang uruskn segalanya kerana saat itu baby masih di wad akibat kuning...Mr Hubby yang bertungkus lumus menjaga 2 anak y lain dan subuh2 datang hospital bawa baju y sesuai dipakai utk konvokesyen, aku pun mandi dan bersiap di hospital, sebelum ke UPM aku susukan baby dulu dan alhamdulillah hasil susu yang aku pam ada banyak untuk nurse beri pada baby sepeninggalan aku ke majlis konvokesyen... Alhamdulilllah Allah bantu segalanya... Allah permudahkan segalanya... Aku bukan manusia yang sempurna, tak lepas melakukan dosa...namun segalanya membuatkan aku redha dan bersyukur atas segala kurniaan Ilahi.... aku dan Mr Hubby ke majlis konvokesyen, dan mr hubby telah maklumkan pada urusetia yang aku masih baru melahirkan dan aku diletakn dibarisan hadapan... dan syukur selepas menerima sijil aku tidak perlu menunggu hingga majlis selesai, aku boleh terus balik... Alhamdulillah..sekali lagi dipermudahkn semuanya... singgah rumah sebentar sebelum kembali ke hospital... untuk tengok Kamil dan Karmila... dua2 dah xsabar nak main dengan Khalish... aku bawa mereka berdua ke hospital, namun sayang tak dapat jumpa Khalish.. pada aku walau selasak mana anak2 yang sedang membesar, aku bahagia kerana mereka ada didepan mata... 

Ya Allah aku bersyukur dan redha dengan segala kurniaanMu Ya Allah.... 
Kurniakan aku kekuatan dalam mengharungi segala ujian dan cabaran yang mendatang...
Jadikan aku ibu yang hebat untuk anak2 ku...
Ibu yang penyabar dalam mendidik dan membesarkan anak2ku...
Ibu yang sentiasa bermanis muka dan lembut suara tatkala berdepan dengan anak2ku..

Ya Allah kurniakan aku kecekalan dan kesabaran yang tinggi dalam mengharungi dunia yang hanya sementara ini...
Kurniakan aku ketabahan Ya Allah...
Kurniakan aku hati yang ikhlas dan redha akan segala yang terjadi dalam hidup ku....
Sesungguhnya hidup dan mati ku kerana Mu Ya Allah.....


ini entry terakhir untuk tahun ini... mohon maaf atas segala kekhilafan segala kekurangan... doa yang baik2 ok...

Assalamualaikum...


2 comments:

  1. nice journey dear..semoga makin tabah dan kuat..

    ReplyDelete
  2. Moga 2015 lebih bersinar dan lagi bermakna Feeza ;)

    -Dakpink-

    ReplyDelete

NUffnang Ads