Followers

Wednesday, June 24, 2015

Berkebaya bersama ZALORA di Pagi Raya


Assalamualaikum semua..


hari ni dah masuk Ramadhan yang ke 7..waahh sekejap je rasanya dah seminggu kan, and tak lama lagi dah tentu nak raya dah..yeahh its great day yang dinanti2 oleh semua orang termasuk saya.. aktiviti kunjung mengunjung, bermaafan di pagi raya, kuih muih yang sedap2 masa ni la kita dapat jumpa.. tapi uols..sebelum nak berjimba2 di pagi raya kena la prepare all the important thing sebelum raya kan.. untuk saya apa yang penting selain juadah dipagi raya adalah BAJU RAYA.. I will make sure my small family will look great and sedondon dipagi raya barula sesuai nak ber”wefie” and  I am sure semua orang nak kelihatan manis dan anggun dipagi raya.  



It’s that time of the year again! Raya Cuma setahun sekali sahaja uols so saya pasti ramai yang sudah mula membuat persiapan awal untuk menyambut Hari Raya.



Bila nak bercerita pasal Hari Raya.. apakah yang paling saya rindukan tentang Hari Raya? Sejak saya kecil lagi saya sentiasa merasakan ianya adalah hari yang cukup istimewa iaitu musim yang memupuk kita untuk saling bermaafan dan memperbaiki hubungan antara keluarga dan rakan-rakan terdekat. Malah sehingga sekarang saya sentiasa rasa teruja untuk menyambut hari perayaan terbesar Malaysia ini terutamanya untuk balik kampong dan menghadiri rumah terbuka.


Apart from the usual activities and food, we would be busy planning what baju raya we are going to wear as well. ‘What colour?’ and ‘What style?’ – the usual questions we ask when it comes to baju raya. 





Oleh kerana mood Hari Raya semakin hampir, apa kata kita jadikan Hari Lebaran tahun ini yang paling istimewa untuk diingati. Kita boleh lihat banyak koleksi baju raya terkini yang ditawarkan dalam pasaran oleh jenama-jenama besar dan koleksi eksklusif designer untuk musim ini. Namun saya merasakan untuk tahun ini, koleksi baju raya kebaya  dari ZALORA ini akan menjadi antara yang paling popular bagi tahun 2015, design yang mendapat sentuhan dan ilham pereka fesyen terkenal seperti Rizalman dan selebriti terkenal Fazura pasti menepati citarasa seiring dengan peredaran fesyen hari ini.

Fesyen kebaya ini juga menjadi pilihan ramai wanita termasuklah para selebriti Malaysia terkenal untuk digayakan pada Hari Raya. Pemilihan warna mengikut keperibadian masing2 akan menyerlahkan lagi penampilan si pemakai. Lebih menyerlah jika dipadankan bersama sepasang kasut tumit tinggi, beg tangan mewah, tudung atau selendang akan menaikkan lagi seri dan keayuan uols. A perfect Muslimah bottom dan aksesori yang bersesuaian akan menyempurkan lagi penampilan korang di Hari Raya!

Walaupun hari ini ada banyak lambakan fesyen yang boleh digayakan, pada saya KEBAYA tetap menjadi pilihan, sentuhan moden tetap tidak menengelamkan unsur2 traditional yang ada pada fesyen yang tak pernah ditelan zaman ini. And I love to wear it not only during Hari Raya , tapi apa2 majlis pun sesuai digayakan.

Anyway uols.. selamat menjamu mata dan bershopping untuk kelihatan anggun dipagi raya… Raya setahun sekali jer uols… jangan sentap and nyesal bila geng2 anak dara sebelah lebih cun dengan koleksi baju raya kebaya dari ZALORA ni..
Semua pun nak cantik kan..



Okla macam biasa, doa baik2, minta yang baik2, insyaAllah akan dapat yang terbaik.




No comments:

Post a Comment

NUffnang Ads