Followers

Monday, October 12, 2015

Memuja ROH

Assalamualaikum....

seram kan tajuk entry I kali ni... selepas berkurun2 terkubur, haruslah keluar dengan tajuk yang agak mengegar jiwa...gituuee... anyway aku sedang memuja roh untuk kembali mengulit dilayar blogging ini.. aku suka sangat berblog tapi sejak sejak dan sejak semuanya itu..aku macam tak de mood nak berkarya...cewahhh karya syok sendiri dalam dunia maya... anyway will build in balik sikit2 yer...

dengan pembukaan entry baru ni..ada sesuatu pengumuman yang nak dibuat... apakah???
hihihi dengan rasminya aku mengumumkan yang aku telah positif hamil 11 minggu. ^_^ rezeki beb... *ayatsedapkanhatisendiri

siapalah aku nak menolak ketentuan Yang Maha Esa..siapalah aku nak menafikan semuanya... aku redha dan menerima dengan hati yang terbuka, walaupun buah hati manja aku yang ketiga baru setahun... ^_^ whattt??? nak masuk 4 dah anak aku.... hahaha ketentuan Allah itu lebih sempurna..walaupun aku merancang hanya 2... semuanya telah tertulis di Luth Mahfus.. redha dan hadap jerla dengan hati yang terbuka... InsyaAllah...

oh ye.. ramai yang tertanya2 kenapa aku privatekan blog ni, semua ada sebab yang berlaku yang agak sulit untuk di kongsikan secara terbuka disini. Mungkin jumpa2 dikedai kopi nanti kita sembang yer.... *budgetretissss

okla kesayangan semua.... doakan yang baik2... insyaAllah yang datang pasti lebih baik. ^_^

Wassalam.


Monday, June 29, 2015

Terima Kasih ZALORA



Assalamualaikum...


alhamdulillah selepas mendapat jemputan dari ZALORA untuk up entry pasal kebaya Kebaya ZALORA hari tu..aku pun dapatla voucher sebagai saguhati..seronok sangat tau.. lepas tu apa lagi berkobar2 la nak cuci mata kat wesite ZALORA.. makanya tersuka la 1 dress ni.. makanya terorder pulak guna voucher yang diberi tu.. seronok sangat..services yang sangat cepat and customer centre yang sangat membantu... ambil masa 2 hari je beb.. hari rabu iols order, jumaat dah sampai.. cepat sangat..dan dan dan kain yang sanagt selesa, baju yang sangat cantik.. just nice je dgn saiz iols... tapi kita tak snap la yang kita pakai.. nanti kita pakai p mana2 nanti kita snap ye.. utk uols tgk jer pic dress cantik ni dulu .. kena match dengan skirt ^_^ nanti kita pakai kita up dalam blog ok..

bye uols..

^_^


Wednesday, June 24, 2015

Berkebaya bersama ZALORA di Pagi Raya


Assalamualaikum semua..


hari ni dah masuk Ramadhan yang ke 7..waahh sekejap je rasanya dah seminggu kan, and tak lama lagi dah tentu nak raya dah..yeahh its great day yang dinanti2 oleh semua orang termasuk saya.. aktiviti kunjung mengunjung, bermaafan di pagi raya, kuih muih yang sedap2 masa ni la kita dapat jumpa.. tapi uols..sebelum nak berjimba2 di pagi raya kena la prepare all the important thing sebelum raya kan.. untuk saya apa yang penting selain juadah dipagi raya adalah BAJU RAYA.. I will make sure my small family will look great and sedondon dipagi raya barula sesuai nak ber”wefie” and  I am sure semua orang nak kelihatan manis dan anggun dipagi raya.  



It’s that time of the year again! Raya Cuma setahun sekali sahaja uols so saya pasti ramai yang sudah mula membuat persiapan awal untuk menyambut Hari Raya.



Bila nak bercerita pasal Hari Raya.. apakah yang paling saya rindukan tentang Hari Raya? Sejak saya kecil lagi saya sentiasa merasakan ianya adalah hari yang cukup istimewa iaitu musim yang memupuk kita untuk saling bermaafan dan memperbaiki hubungan antara keluarga dan rakan-rakan terdekat. Malah sehingga sekarang saya sentiasa rasa teruja untuk menyambut hari perayaan terbesar Malaysia ini terutamanya untuk balik kampong dan menghadiri rumah terbuka.


Apart from the usual activities and food, we would be busy planning what baju raya we are going to wear as well. ‘What colour?’ and ‘What style?’ – the usual questions we ask when it comes to baju raya. 





Oleh kerana mood Hari Raya semakin hampir, apa kata kita jadikan Hari Lebaran tahun ini yang paling istimewa untuk diingati. Kita boleh lihat banyak koleksi baju raya terkini yang ditawarkan dalam pasaran oleh jenama-jenama besar dan koleksi eksklusif designer untuk musim ini. Namun saya merasakan untuk tahun ini, koleksi baju raya kebaya  dari ZALORA ini akan menjadi antara yang paling popular bagi tahun 2015, design yang mendapat sentuhan dan ilham pereka fesyen terkenal seperti Rizalman dan selebriti terkenal Fazura pasti menepati citarasa seiring dengan peredaran fesyen hari ini.

Fesyen kebaya ini juga menjadi pilihan ramai wanita termasuklah para selebriti Malaysia terkenal untuk digayakan pada Hari Raya. Pemilihan warna mengikut keperibadian masing2 akan menyerlahkan lagi penampilan si pemakai. Lebih menyerlah jika dipadankan bersama sepasang kasut tumit tinggi, beg tangan mewah, tudung atau selendang akan menaikkan lagi seri dan keayuan uols. A perfect Muslimah bottom dan aksesori yang bersesuaian akan menyempurkan lagi penampilan korang di Hari Raya!

Walaupun hari ini ada banyak lambakan fesyen yang boleh digayakan, pada saya KEBAYA tetap menjadi pilihan, sentuhan moden tetap tidak menengelamkan unsur2 traditional yang ada pada fesyen yang tak pernah ditelan zaman ini. And I love to wear it not only during Hari Raya , tapi apa2 majlis pun sesuai digayakan.

Anyway uols.. selamat menjamu mata dan bershopping untuk kelihatan anggun dipagi raya… Raya setahun sekali jer uols… jangan sentap and nyesal bila geng2 anak dara sebelah lebih cun dengan koleksi baju raya kebaya dari ZALORA ni..
Semua pun nak cantik kan..



Okla macam biasa, doa baik2, minta yang baik2, insyaAllah akan dapat yang terbaik.




Tuesday, June 23, 2015

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum ..

selamat berpuasa semua..
yeaahhhh seronoknya nak raya... eh???




Tuesday, April 28, 2015

#Hela Nafas Yang Paling Panjang

Assalamualaikum,

inila baby ketiga yang aku lahirkan pada 26 Oktober 2014... yee cerita lama tapi aku still nak juga cerita dalam blog ni sbb ni blog aku kan,..aku punya suka la...hihi gurau jer..akibat kekangan masa dan busy yang teramat dipejabat buat aku kehilangan masa dan mood untuk update blog.. tapi hari ni nak #throwback juga cerita kejadian bersalin...Due date yang sebenar adalah pada 11/11/2014...

26 Oktober 2014
Lahirnya Putera terindah

aku tido dengan lenanya malam tu.. tapi pukul 2 pagi aku terjaga n rasa macam terkencing.. sebab basah..aku wash n sambung tido lagi, sampai ke subuh aku kerap tukar kain sebab basah jer..aku tak terfikir pulak air ketuban dah pecah.. tapi aku still bertahan sebab tak sakit...sampai la pagi tu aku cakap dengan mak, mak pun dah suh siap2 n p hospital..aku tak nak pegi lagi sebab belum sakit..aku cakap dengan mak yang aku tak sakit lagi..so tunggu punya tunggu sampai la mak dah mara sebab tak pegi2 lagi..so pukul 11 pagi aku baru p KPJ kajang terus ke emergency n LR.. masa diorg tolak naik wheel chair tu pun still basah hihih sebab dah pecah kan.. n aku tak boleh tahan pun air tu... sampai je LB, mr hubby tunggu kat emergency utk register n pelbagai sementara aku pula dalam LR tukar baju n nurse check dah buka 3cm... wohoooo sudah sampai masa... nurse call gynea aku yang waktu tu ada di KL.. n siap cakap "tggu dia sampai"... masa tu aku masih relax sebab tak sakit..serius kali ni memang tak sakit... n nurse check air dah hampir kering so terpaksa induce masuk air..this is 1st time, walaupun masa Karmila dulu pun dah pecah ketuban kat rumah tp belum kering lagi... kali ni terpaksa laa cucuk juga tangan aku drip water... jam nginjak pukul 1 my gynea dah sampai n dia check baru 4cm... agak lambat buka jalan... bersabar lagi hati..pasangla segala alat untuk dengar nadi baby dan bunyi contraction tu... tapi tak kuat... dah pukul 2 sakit mula terasa walaupun belum buka banyak... aku dah mula takut n sakit sangat2 sampai n ambik gas apa ntah.. utk kurangkan sakit..aku sedut macam sedut dadah rasanya hihihi ... tapi sakit sgt2..tp rasa sakitnya tak lama.. kejap2 nurse datang n tanya "ada rasa nak teran x", " ada rasa nak buang air besar x"... masih belum ada ...mungkin sakit yang sekejap2 tu buat aku penat sangat2... sakit yang sekejap n pendek.. masa ada rasa sakitla baru boleh teran..so bila tak sakit aku xberdaya nak teran baby... masuk je pukul 3 aku dah sampai masa..... teran sehabis daya.. aku masih ingt mrhubby disebelah kanan kepala aku terus menerus bagi semangat, nurse ada 6 orang, doc sorg... kali ni memang sakit yang berbeza.. sangat yang Allah je tau...  mrhubby menitiskan air mata bila tgk aku dah tak berdaya... berselawatla dia sapu air selusuh di seluruh muka aku sambil kata2 semangat yang henti2.. akhirnya aku surrender,,, tak mampu lagi meneran, tak berdaya lagi menahan.. hingga pada saat baby keluar aku rasa aku tak meneran pun... sungguh org kata sakit bersalin itu berbeza... rupanya Doc vaccum baby.. Allah sahaja yang tau segalanya... aku memang tak berdaya... tepat 3.46ptg baby seberat 3.46 lahir... Allah syukur Ya Allah... yang buat aku kuat saat melihat buah hati didepan mata... tambah beri semangat bila dengar sang suami mengazankan puteranya.... Allah.. syukur utk segalanya... berat hati menanggung beban, berat rohani menahan rasa... ya..kandungan kali ini terlalu banyak ujian yang Dia beri untuk lihat sejauh mana kekuatan aku selaku ibu sebagai isteri..menguji tahap kesabaran aku ... Allah.. sungguhnya aku sentiasa mengharap pertolongan Mu..aku sentiasa menanti setiap kekuatan demi kesabaran yang Kau berikan untuk aku tempuh dengan penuh kesyukuran... Allah.. sesungguhnya Kau yang Maha Mengetahui setiap ujian yang Kau beri.... Terima kasih Ya Allah... mohon agar aku sentiasa diberi petunjuk dan hidayah agar tidak tersasar dari jalan yang Engkau redhai....
apa yang aku boleh conclude kan, dalam hidup ini tak sentiasa kita di atas, ada masa roda berpusing dan kita akan terduduk dibawah..yang hanya ada waktu itu iman dan kesabaran dalam mencari penyelesaian..jangan cuba lari dari masalah...hadapilah setiap apa yang terjadi dengan tenang dan sabar....


cinta hati ibu....


1 November 2014
Majlis Konvokesyen UPM

Alhamdulillah..aku dh habis belajar... sekarang aku adalah graduan Master Komunikasi Korporat UPM... syukur sangat2... terharu sangat, y teman masa ni mrhubby jer...alkisahnya masa konvo ni baby warded jaundice, so disebabkan aku breastfeed baby so aku pun stay ward juga... makanya mrhubby subuh2 datang spital bawa baju n keperluan segala utk ke konvo pagi tu...baby di jaga oleh nurse kat nursery... masa konvo tu aku baru 5 hari bersalin..tp awal2 mrhubby dah maklum pihak sekretariat upm yang aku baru melahirkan, so aku awal sekali n selesai je ambik scroll boleh terus balik tak perlu tunggu majlis sampai habis... wohoooo so special... yang lagi special penganugerahan kali ni diberi sendiri oleh Sultan Selangor... minta maaf sangat masa buat entry ni pic2 banyak dah transfer ke hard disc... so aku bg pic ada dlm pc jer la ye....tapi alhamdulillah..semuanya dipermudahkan...


terima kasih untuk segalanya mhubby... 


wohooooo dah habis belajar ^_^...
dulu belajar, sekarang mengajar *nientrylainok


7 Feb 2015
Majlis Akikah Ahmad Khalish Akashah bin Arinshah

Alhamdulillah..majlis meraikan Khalish berjalan dengan lancar..kali ni majlis akikah bersama anak perempuan kakak aku yang lahir awal 2 minggu dari Khalish... syukur tidak terhingga dengan segala hikmah yang diberikan... bersyukurlah kawan dengan segala ujian dan kembali kepadaNya..insyaAllah ada jalan yang diberi....mari lihat gambar sekitar majlis...







Khalish bersama Irene yang lahir awal 2 minggu ....


Khalish lahir 26/10 , Saif lahir 25/10 .... ^_^ hensem boy...






Alhamdulillah... aku bersyukur dikurniakan keluarga ini, suami dan anak2 yang terindah... aku mohon Ya Allah, kurniakan kami kasih sayang yang tidak berbelah bagi..kurniakan kai hati yang kuat dan seiring dengan jalan yang Kau redhai..bimbinglah hati kami Ya Allah.. lembutkan hati anak2 kami... jadiakn mereka insan yang mulia, cemerlang, soleh dan solehah didunia dan diakhirat... Ya Allah..sesungguhnya aku berpaut pada petunjuk dan kekuatan yang Kau kurniakan..Aku redha akan segala ketentuanMu..aku yakin akan segalan yang telah Kau aturkan untuk ku..ada hikmah yang menanti... Terima kasih Ya Allah... sesungguhnya Kaulah penentu segalanya.... Amin....

buat anak2 ibu... jadilah insan yang berguna, baik budi pekerti.. sopan kelakuan... hidup ini hanya sekali, manfaatkan setiap nafas dengan hela yang menyenangkan... kalau tidak boleh menyenangkan orang lain, jangan sekali2 menyusahkan mereka... ibu hidup tidak lama, ibu bernafas hanya seketika, andai ibu tidak dapat lihat kalian membesar hingga akhirnya.. ibu redha..ibu bangga telah melahirkan anak2 yang suci murni, baik seperti kalian.. hanya Allah yang ada untuk kalian mengadu...jangan sesekali melepasi garis batasan yang boleh mengundah bahana kelak... 
anak2 ibu yang ibu sayang, setiap nafas dan hidup ibu untuk kalian..setiap penat lelah ibu buat kalian... maafkan ibu andai simpanan yang ada tidak mencukupi buat kalian dimasa hadapan.. ibu telah cuba sebaiknya..semuanya terserah pada yang Esa.. cepat atau lambat ketentuanNya... 

terima kasih semua...maaf andai tersalah kata... kita semua tidak sempurna... Maafkan Aku...



Monday, April 27, 2015

"See You Again"

Assalam...

dah lama tak update blog..tetiba nak share lagu sedih ni..tiap kali aku dengar lagu ni mesti rasa macam sebak jer...

meh tengok lirik jer..korang google la sendiri lagunya..



















































NUffnang Ads