Followers

Friday, December 26, 2014

~ Entry Terakhir ~

Assalamualaikum...

tajuk agak suspen, ... anyway apa khabar semua? ada ke lagi yang sudi buka blog yang ala ala jer ni..dahla xupdate2 kan... mungkin entry kali ni agak panjang akibat lama menyawangkan diri...

aku pun tak pasti kenapa masa preggy memang xde mood langsung, lepas tu aku dah pun cuti awal sebelum bersalin akibat beberapa masalah kesihatan yang tak dapat dielakkan hingga la habisnya cuti pantang..dan hari ni adalah hari pertama kembali bertugas selepas bercuti pantang, tapi sehari jer lepas ni sambung lagi cuti seminggu... ^_^ aku tak sempatnya nak update2 blog kat rumah..maklumlah amanah dah semakin bertambah, maka makin banyakla tugas yang perlu dibuat dan makin banyakla tenaga yang digunakan dan masa yang dihabiskan dengan melayan kerenah amanah ku tu... jadi mehh kita cerita dulu yeee.....

1. Alhamdulillah tanggal 26 Oktober 2014, 3.15 ptg aku dah pun selamat melahirkan putera yang tercinta Ahmad Khalish Akashah di Hospital KPJ Kajang *KPJ xsponsor aku ok, bukan retis  pun...  ok kelahiran kali ni sama macam Karmila, air ketuban dah pecah di rumah dari tengah malam dah leaking, tapi sebab tak sakit aku diamkan je.. masa tgh malam sampai ke subuh leaking agak slow, start subuh dah leaking makin banyak n kain batik pun dah habis dek asyik menukar kain yang basah jer..so mak dah bising suruh pegi klinik makanya aku pun pegi laa walaupun masih tak rasa apa2.. tp dalam hati berdebar2 juga takut dah kering n membahayakan baby... memang betul pun sampai je kat klinik mmg air ketuban dah nak kering so nurse drip water.. n bukaan dah 3 cm.. nurse pun call Dr aku n dimaklumkan Dr otw dari KL.. so aku relax lagi n still belum sakit... masa dah menganjak ke pukul 12... bukaan masih perlahan... atas nasihat Doc, nurse induce aku ikut tahap yang ditetapkan... makin lama makin kerap n makin sakit.. tapi sakit yang sangat sekejap.. aku pun pelik... kenapa kali ni agak berbeza dgn Kamil dan Karmila... hati berdebar2 tak kira..jantung semakin laju tapi kuatkn semangat, dah aku pesan pada Mr Hubby andai aku tak punya kudrat yang kuat aku redha di bedah..kerana kali ni sangat berbeza.. jantung aku kerap laju yang teramat menyebabkan aku lemah dan gelap mata... takut tak punya daya meneran buah hati tersayang... masa menginjak ke pukul 3.. sakit semakin kerap bukaan dah pun 8cm... tapi sakitnya sangat sekejap... nurse datang tanya "ada rasa nak buang air besar x"... aku cakap ada tapi sekejap jer... Doc pun masuk, separuh bahagian katil dari bawah punggung di cabut, kaki aku dinaikkan ke stand yang disediakan... dalam hati berdebar2, jantung semakin laju... aku redha Ya Allah apa jua kehendak Mu.... kuatkn semangat.. Alhamdulillah Mr.HUbby sentiasa di sisi memberi semangat dan berzikir di telinga aku... air mata mengalir laju... sakit kuat makin terasa tp terlalu sekejap untuk aku teran buah hati ku.. saat rasa itu menjelma aku teran sekuat hati, tapi sakitnya terlalu sekejap..akhirnya aku penat dan x punya daya.... Doc tak bagi operate kerana baby hampir keluar... Doc sendiri rasa pelik sbb aku tak rasa sakit tu, sakitnya sekejap sangat... akhirnya Doc terpaksa bantu dengan gunakan Vacum... Ya Allah..saat buah hati ku keluar aku menangis semahunya kerana kali ni terlalu berbeza Ya Allah... namun hati terubat saat nurse letak buah hati di dada ku... untuk ku kucup...Ya Allah aku bersyukur dengan kurniaanMu dengan ujianMu Ya Allah.... hati bertambah syahdu saat Mr Hubby azankan buah hati kami... Alhamdulillah... berat baby 3.4kg semasa lahir... menurut Doc saiz lilitan kepala baby besar... Allahu Akbar.. Syukur juga aku berjaya melahirkannya walaupun awal dari tarikh kelahiran yang dijangkan iaitu 11/11/2014 ... buah hati ibu.... seminggu selepas lahir baby dikesan Jaundice, kena tahan dibawah lampu 3 hari.. aku pun stay kerana breastfeed... aku redha kerana hanya itu penawar masalh kuning.... dan Alhamdulillah selepas hari ketiga bacaan normal dan baby dibenarkan pulang... Syukur Ya Allah... kenangan melahirkan kali ini akan sentiasa segar diingatan dan bila dikenang kembali air mata ini akan segera mengalir... Allah Ya Allah....

2. Alhamdulillah tanggal 1 November 2014 adalah Majlis Konvokesyen aku...syukur aku berjaya menamatkan pengajian Master in Komunikasi Kosporat selama 2 tahun di UPM... aku datang majlis dengan Mr Hubby.. Mr Hubby yang uruskn segalanya kerana saat itu baby masih di wad akibat kuning...Mr Hubby yang bertungkus lumus menjaga 2 anak y lain dan subuh2 datang hospital bawa baju y sesuai dipakai utk konvokesyen, aku pun mandi dan bersiap di hospital, sebelum ke UPM aku susukan baby dulu dan alhamdulillah hasil susu yang aku pam ada banyak untuk nurse beri pada baby sepeninggalan aku ke majlis konvokesyen... Alhamdulilllah Allah bantu segalanya... Allah permudahkan segalanya... Aku bukan manusia yang sempurna, tak lepas melakukan dosa...namun segalanya membuatkan aku redha dan bersyukur atas segala kurniaan Ilahi.... aku dan Mr Hubby ke majlis konvokesyen, dan mr hubby telah maklumkan pada urusetia yang aku masih baru melahirkan dan aku diletakn dibarisan hadapan... dan syukur selepas menerima sijil aku tidak perlu menunggu hingga majlis selesai, aku boleh terus balik... Alhamdulillah..sekali lagi dipermudahkn semuanya... singgah rumah sebentar sebelum kembali ke hospital... untuk tengok Kamil dan Karmila... dua2 dah xsabar nak main dengan Khalish... aku bawa mereka berdua ke hospital, namun sayang tak dapat jumpa Khalish.. pada aku walau selasak mana anak2 yang sedang membesar, aku bahagia kerana mereka ada didepan mata... 

Ya Allah aku bersyukur dan redha dengan segala kurniaanMu Ya Allah.... 
Kurniakan aku kekuatan dalam mengharungi segala ujian dan cabaran yang mendatang...
Jadikan aku ibu yang hebat untuk anak2 ku...
Ibu yang penyabar dalam mendidik dan membesarkan anak2ku...
Ibu yang sentiasa bermanis muka dan lembut suara tatkala berdepan dengan anak2ku..

Ya Allah kurniakan aku kecekalan dan kesabaran yang tinggi dalam mengharungi dunia yang hanya sementara ini...
Kurniakan aku ketabahan Ya Allah...
Kurniakan aku hati yang ikhlas dan redha akan segala yang terjadi dalam hidup ku....
Sesungguhnya hidup dan mati ku kerana Mu Ya Allah.....


ini entry terakhir untuk tahun ini... mohon maaf atas segala kekhilafan segala kekurangan... doa yang baik2 ok...

Assalamualaikum...


Tuesday, September 23, 2014

3rd Baby #33weeks

Assalamualaikum....

Waaaa banyak kesunyian ini blog... memang totally tak de rasa nak ber blog pun sepanjang kandungan kali ini... mungkin juga ditambah dengan tugas hakiki yang makin bertambah.... tapi hari ni bila buka blog ni rasa sedih sebab xde cerita terkini pun... terus rasa nak update yang aku dah 33 mggu... macam2 rasa ada kali ni.. tapi kita doa yang terbaikla ye, aku akan terus fikir positif.. kuat semangat untuk lahirkan amanah seterusnya ini...

1 November 2014, tarikh untuk aku Konvo... alhamdulillah berjaya menghabiskan Master dengan jayanya... aku harap sangat kali ni dapat naik pentas, sebab risau kot2 terbersalin awal jer, jangkaan bersalin adalah 11 November 2014. Doa kan aku ye... nak sangat naik pentas kali ni... 

Kamil dan Karmila sedang membesar dengan banyak akal dan nakal nya... kena banyak bersama bila anak2 sedang membesar... aku n mr hubby seperti biasa masih sama... cuma kali ni aku dapat rasakan aku macam cerewet sikit, asyik nak mara, angin tak tentu pasal, mengada sangat, dan macam2 yang aku rasakan sangat berbeza dengan diri aku yang sebenar.. syukur mr hubby sangat memahami... terima kasih....

dari awal preggy aku ada install apps BabyBump dalam hp, dia update setiap hari perkembangan baby, dan siap bagi tips bagus juga... apps tu macam ni... aku suka...



kadang2 dia bagi tips dan nasihat untuk spouse juga, so aku akan bg mr hubby baca... hihi... 

doakan semuanya dalam keadaan baik dan dipermudahkan ye....

terima kasih semua...




Wednesday, August 6, 2014

Abg Long vs Ibu

ntah pape tajuk entry aku kali ni... sebenarnya nk buat entry pasal birthday kitorang jer..dah birthday sama kan... tapi kali ni aku xrasa birthday sangat sebab sibuk dgn raya, n mana x nya aku boleh lupa birthday masa raya...mana de tempah kek pun..selalunya sebelum smpai masa mesti dah tempah siap dgn theme y pelbagai..tapi tahun ni tak terfikir pulak... tapi xnak mengecewakan abg long, aku cari juga kek utk dia... sbb bila dah makcik2 sume wish kat dia Happy Birthday, terus dia tanya aku mana kek birthday Kamil... terus ibu sentap...hahahaha hari birthday tu juga p cari kek n bawa ke rumah MIL kebetulan dia buat makan2 masa tu, terus celebrate di sana.... belasah jer la abg long janji dia happy... mula2 aku pilih kek coklat biasa jer, sekali dia terlalu dekat peti ais kedai tu ada kek angry bird, terus nak yang tu.... ye la yela... ikutkan la anak oiii.... 

apa2 pun ibu ucapkan selamat ulang tahun yang ke 5 untuk abg long... dah 5 tahun kita berkongsi tarikh yang sama.... semoga abg long jadi anak yang mendengar kata, yang menyejukan mata ibu abah dan orang sekeliling.. jaga adik2 ye.. abg long kena jadi contoh terbaik untuk adik2 tau... jgn mengada sangat ye... ibu syg abg long tau.. sayang sangat.... ^_^



Happy Birthday untuk aku juga ^_^ 

Monday, August 4, 2014

Selamat Hari Raya 2014

Selamat hari raya semua, maaf zahir batin ye.... seronok ker beraya tahun ni? aku rasa tahun ni raya sunyi sikit, aku tak seronok sangat la... cuma layankan juga la sebab duk fikirkan anak2... bagi diorg jer happy.. dah la kakak2 aku pun semua beraya rumah mertua tahun ni.. so aku pun  raya pertama tu balik la umah MIL kat segambut... sebab nanti bila raya kedua kakak2 aku balik baru beraya belah mak aku pulak.... layan kan jer la...

tahun ni ktorg tema hijau terkois... hihi belasah je pilih warna... tu  pun mr.hubby yang pilih... jomla...biar pic yang berbicara...

RAYA Hari 1 (theme: terkois)  :-


ehh pembukaan pic perantin lama pulak... hihihi pagi raya kat umah mak aku...


lepas bersalaman dengan mak kitorang bergerak ke Segambut... 


gedik betul..siap berenti tepi jalan ok nak bergambar..sbb abah xfokus nak drive....


adik karmila mmg anak abah sbb susah nak senyum.... bila aku post pic ni dalam FB ramai y tegur baju adik kaler lain, sebenarnya kalaer sama jg terkois hijau... cuma tanahnya je cream... hihihi cian adik..


sempat lagi.... kat rumah sedara belah mr.hubby...

RAYA Hari 2 (theme: purple pink) :-



dah casual jer... kakak sulung pun sampai dari Penang, weols start beraya belah aku pulak... ni kat rumah pakcik ..


tu anak dara kecik kat belakang tu anak kakak aku...Sakinah.. naik kereta sekali...


mula2 main2 ipad sambil bersembang2...sekali aku pusing tgk belakang dua2 dah pengsan share bantal....so sweet..


RAYA Hari 3 (theme : hijau pink) :-


masa ni sebenarnya ada plan beraya tapi bila dah separuh jalan calling2 ramai yang tak de, terus la terpisah...kakak aku p beraya rumah kawan dia..ktorg beraya ke Kg Atap.... hihi sebenarnya teringin nk makan kari kepala ikan ni haaaaa....


bukan aku yang nak ye.... Baby ni..... ^_^


RAYA Hari ke 5 (Theme: pink kelabu) :-



nampak pic dah terlangkau terus hari ke 5 sebab hari ke 4 orang datang rumah maka kami melepak sahaja di rumah... raya ke 5 kakak aku nak balik semula ke Penang, plan singgah rumah opah di Perak, kitorang ni ngikut jer... konon2 nak feel balik kg kan..... kakak aku tido semalam kat rumah opah, tapi weols balik semula ke KL petang tu... saje nak feel balik kg... syokkk... 1st time singgah menara condong kat Teluk Intan masa pekena Mee rebus sat.... 


RAYA Hari ke 6 (theme: coklat kuning) :-



beraya rumah kenkawan.. dan dapat jemputan kawin dari kawan aku y last ni.. paling lambat kawin, org sume dah beranak pinak dia baru nak kawin ni... si cantik manis Salwa ni.. manis jer... dia kawin masa tarikh birthday aku ... hihih 2 Ogos... Tahniah kawan... semoga berbahagia dunia dan akhirat....  
oh yeee baju adik karmila memang pink putih tapi seluar dia coklat ye, kang ada pulak lagi y cakap adik xsama theme... hihihi  entry special sempena birthday ye sbb sama dengan anak bujang kan.... so kena panjang sikit amanatnya... esok la ye entry birthday...

doakan aku rajin2 update blog lagi pas ni...

aku minta maaf pada korang semua walaupun aku xtau sp y baca blog ni, kot2 ada penulisan aku y menyakitkan hati, menguris perasaan korang ye.... 

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin ye...




Wednesday, April 30, 2014

K E S I A N

teruk betul dah blog ni, dah berkurun tak update2.. tak de mood sangat nak berblog..sedangkan cerita banyak nak dikongsikan... tapi malas... sibuk ..xde mood.. dan banyak lagi alasan yang lain... 

tapi dikesempatan ni nak juga update yang aku dah habis kelas, tinggal nak present finding research n konvo... yeahhh habis dah belajar... cuma y leganya dah xyah hadir kelas siapkn research jer... seronok sngt..lega skit kepala ni... confirmation dalam tugasan pun dah dapat..alhamdulillah... seronok sangat... y dalam perut ni pun makin membesar..alhamdulillah syukur segala kurniaanNya... mak dah berangkat ngerjakan umrah... semoga sentiasa diberi kesihatan dan dipermudahkan segala urusan mak di sana... 

aku sntsa berdoa diberi kekuatan untuk menghadapi hidup ini.. berikan aku kekuatan dan kesabaran yang kuat... 

okla sebelum mengarut lebih jauh kan... dah lama xshare ceita anak2 yang makin membesar.. seronok,,, kesian betul la aku skrg ni.. mood kelauttttt.... 

okla korg doakn y baik2, doa y terbaik...tata




Monday, March 24, 2014

M U A L #3rd^_^

mula2 nak cakap alhamdulillah syukur atas rezeki yang diberi oleh Ilahi, sesungguhnya Dia sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untuk aku... walupun aku merasakan masih terlalu awal, tapi siapa aku untuk menolak pemberianNya... pasti ada hikmah dan rezeki tersedia untuk aku dengan kehadiran cahaya mata ketiga ini kelak. alhamdulillah....

ok untuk ayat biasa nya...aku pregnant ^_^ yang ke 3... huhuh adik karmila skrg ni tgh meragam sangat, asyik nak berkepit jer, xboleh berpisah dgn aku... tido celah ketiak, mula2 jer masuk dalam buai, pastu dia pun merengek duk celah ketiak, sabtu semalam dia demam, cian tgk dia.. mak aku cakap dia meragam sebab dia tau dia nak ada adik, so dia nak manja2 dl dgn aku... dont worry sayang ibu karmila, adik sentiasa anak manja ibu... adik karmila tengah nak bercakap tu yang demam tu... sayang sgt budak debab ibu tu. 

ok bercerita tntg 3rd prenancy ni, aku dpt rasa kan kali ni lain sikit, aku baru 3 minggu tapi dah mabuk teruk, seharian mabuk n mual tapi start muntah sama macam masa kamil n karmila, petang sampai ke malam baru start muntah2... tapi seharian yang memualkan sangat tak selesa ok... nak makan buah2 jer yang sejuk2 jer... arggghhhh xtau nak explain macam mana... tapi ini la yang org katakan setiap anak tu lain2 caranya, xpela think positif jer... teruskan jer... n kali ni pun aku rs snagat malas, lembik, ngantuk jer... adoiiii sabar2 bertahanlaaaa.....  hihi be good baby.... 

korang doa kn aku ye, kuat dan tabah menghadapi kelahiran seterusnya.... ditambah pulak melayan kerenah abg kamil n adik karmila... ohh lg 1 menghadap paper research terakhir sebelum bergraduan....yeahhhhhhh insyaAllah selesai jer ni aku akan berkonvo bulan 10 ni.... xsabar2...tapi sekali lagi naik pentas dengan perut besar.... hihihihi....

okla korg doakan yang baik2 ye.... xoxo...

Monday, March 10, 2014

#PrayForMH370




hati aku sentiasa berdebar2 bila teringat kan misteri kehilangan pesawat MH370 ni, berdebar2 bercampur emosi sangat, walaupun tiada keluarga yang terlibat tapi aku meletakkan diri aku disituasi itu, macam mana kalau ada kalangan ahli keluarga yang terlibat, macam mana nak hadapi semua ni... Ya Allah berilah kekuatan pada ahli keluarga yang terlibat.. aku tak nak sebut mangsa atau waris sebab aku berfikir dan berharap mereka masih selamat...  membayangkan situasi didalam kapal saat itu.. membayangkan adanya baby dalam kapal tu.. naluri keibuan yang xdapat dihilangkan ...apa jadi pada mereka... Ya Allah berilah petunjuk pada kami semua... kuatkanla mereka2 disana Ya Allah... bantulah pihak berkuasa dalam mengesan pesawat tersebut..permudahkanlah Ya Allah... hari ni dah hari ke 3... semoga ada khabar gembira di akhirnya... walau apa pun yang terjadi Ya Allah, Kau lah yang Maha Mengetahui apa hikmah disebalik setiap kejadian ini.... Berilah kekuatan pada ahli keluarga mereka Ya Allah, sesungguhnya Kau Yang Maha Bijaksana dan Maha Berkuasa dari segalanya.....



Wednesday, March 5, 2014

World of Tambun n Cameran Highland 1 & 2 March 2014

geng rider mr.hubby dah lama plan nak bawa anak2 bercuti, so akhirnya tertunai juga... semua 8 family termasuk family kecil ku... aku layan jer la, sebab asalnya nak p Tambun jer, so xse excited kamil, aku relax jer la dalam kepala nak bagi budak2 enjoy dalam masa y sama bapa2 sume nak rehat dek tugasan yang full sepanjang minggu... yang buat aku excited bila sarjan mr.hubby cakap 2nd day nak singgah Cameron Highland.. ok yang ini utk mak2 ye... 

kitorg gerak sabtu pagi, subuh2 bangunkan anak nak bersiap sebab geng2 ajak kumpul kat Jalan Duta pukul 7.15 pagi... adoiiiiii cian anak2 kena mandi subuh2 gak atas paksaan abah, tapi abah xtau aku mandi celup2 jer hahahaahhah alaa lagi pun sampai2 jer terus nak terjun kat Tambun dulu, relax laaa.....bukan busuk pun, janji gosok gigi dll ^_^..... ok2 done bersiap gerak la pegi kitorg org yang ketiga terakhir, okla ada lagi 2 family yang lambat, ahhahah tp sebabkan diorg lambat sangat kitorg gerak dulu.... anak2 sambung tido, ibu teman abah  drive, mentang sume tu rider2 berdesup2 bawa kete... seriau aku tengok... mr.hubby relax jer, aku bising klu dia laju sikit... 

sampai jer Tambun, tukar baju kat toilet dalam tu blm check in lagi sebab sampai awal hihih... rasanya bapa2 y excited lebih tu yang laju tu... tukar baju mandi, jangan risau kalau bawa beg pun sebab ada loker yang boleh letak beg2 korg, token Rm10, boleh buka tutup anytime just set jer password ok. pastu bermulala penerokaan Tambun, banyak juga game untuk org dewasa dalam tu, aku naik juga la siap jerit2 over sedangkan xde apa pun hhaha... aku terpaksa naik xsama dgn mr.hubby sbb kamil n karmila tu sp pulak nak jaga kan...ada jer sorang sarjan tu suh tinggalkan kat dia sbb anak2 dia ada yang tak naik, tapi mr.hubby yang xnak nyusahkan..makanya terpaksala aku join jer mak2 yang lain main..tu pun sorg dua mak jer yang naik y lain sume anje2 takut...hihihhi ada gak yang aku join anak2 diorg hihi siap pakat jerit kuat2... enjoy la untuk release tension sambil merapatkan silaturahim sesama rakan setugas mr.hubby... best jer Tambun.. aku suka nasib juga xpanas sangat... yang paling suka Kamil la, Karmila lepak jer siap kecut2 dah tangan n kaki... oh masuk dalam tu xboleh bawa makanan luar, so kenala beli makanan dalam tu..hurmm ok la xdela terlalu mahal macam kat Genting... buat lapik perut....








ok dah habis mandi dalam pukul 3 ptg tu baru kitorg naik, tu pun ada yang dah naik awal ada yang belum naik, kitorang tido kat Hotel Tambun juga, seberang jalan jer hotel dia, pastu pagi2 sarapan pun kat waterpark juga... best best....next boleh pegi bawa mak n adik beradik pulak.... hotel n tiket masuk sume dah diuruskan awal2 oleh kawan mr.hubby...so sume dah tersedia, belasah jer la...bilik pun cantik...





malam tu makan malam kat Ipoh, Restoran Nasi Ayam Kampung , macam tu la kot namanya aku pun xingt, tapi bukan makan nasi ayam, makan macam2 seafood sedap giler semua... 1 meja ada 2 family , y 1 meja dengan aku tu diorg xmakan ketam, so aku dgn kawan mr.hubby jer la makan ketam tu, mr.hubby alergi tu yang xboleh makan.. tapi aku bagi juga isi ketam tu sikit2... tapi sangat berbaloi murah ,banyak n sedappppp kalau p Ipoh p cari kedai tu ye..aku xtau details kat mana.






2nd day tu pas sarapan dah janji kumpul kat lobi hotel pukul 10.15 pagi untuk check out n gerak ke Cameron Highland sebelum turun balik KL. aku suka sangat , selama ni p CH aku xpenah pegi pasar yang kat atas tu tau, tapi kali ni diorg sume ajak singgah situ, bestnya tengok sayur2 yang fresh n murah2 tu.. strawberi pun geram tengok sbb banyak sangat aku beli 3 kilo RM 20 , xtau la murah ke mahal..sayur pun 1 longgok ada macam2 baru Rm 10. Jagung pun murah..hihi xingt.. seronok n geram tengok sayur2 tu.. pastu singgah ladang teh..biasa la tu p CH mesti singgah tempat2 macam ni..next time kalau pegi lagi nak singgah lagi pasar ni... besar n best tgk sayur.. aku geram tengok sayur2 yang cantik2 ni... 








balik dari CH tu macam dah jadi kewajiban pulak , aku mesti muntah tang corner yang ada gerai2 orang asli tu... sebelum ni 2 x pegi pun mesti muntah kat situ... adoiiiii jalan dia trill sangat kot.. masa balik KL dah start terpisah dengan group, pastu terjumpa balik kat Tapah, pastu diorg gerak dulu sbb aku nak turun beli buah mangga untuk mak aku... mr.hubby pun ok jer terpisah lagi pun nak balik rumah masing2... masa balik tu hujan lebat sangat... sekali lagi aku terpaksa xtido sebab teman mr.hubby..anak2 lena dah..  sampai tol Kajang dah pukul 8.30mlm, aku ajak makan dulu sbb perut dah masuk angin, singgah makan dulu sebelum balik rumah.... sampai rumah dalam pukul 930 mlm.. mandikan anak2, tidokan..aku pun iron baju sekolah kamil, uniform mr.hubby n baju keje aku..siap2 kemas baju karmila utk hantar umah pengasuh... jalan2 gak keje perlu diteruskan... hahaha isnin keje bebbbbbb...... mrhubby pun keje... kamil p sekolah... karmila p umah pengasuh.... next time kita jalan lagi ye... walaupun singkat seronokla utk kamil n karmila.... ^_^ xtaula diorg nak plan p mana pulak next trip..geng2 dia siap buat group whatsapp rider utk bercuti... kita ni as org rumah perlula support kan... huhu ok next kita story lagi...





pic semua disnap dari hp Mr.hubby.. hp aku duk dalam loker... okla korang lain kali kita buat entry lagi ye... tata


Monday, February 24, 2014

Retreat, Nilai Spring 21- 22 Feb

haaaa bila kena  retreat ni aku cepat2 google kat mana Nilai Spring tu, kesian aku xtau pun kewujudannya.. dekat jer dari sini ke Nilai Spring lebih kurang 30 mnt... masa pegi aku konvoi dgn kawan aku sbb masing2 budget nak balik terus habis retreat, jadi bawa la kete masing2.. aku ni xtau jalan kan, makanya konvoila pelan2.. sampai jer sana sume dh terbahagi2 kumpulan.. aku dpt kumpulan ofcourse xsama dgn geng2 aku..jadi berkenalanla dgn jejaka2 lain.. perghhh... oh ye sbnrnya aku pegi lambat sikit sebab pagi jumaat tu aku ada event MOU kat opis.. pertengahan event baru aku gerak.. bila retreat dgn top2 ni xdela stress tkejar2 masa ke risau kena denda kalau dtg lmbt ke... relax jer.. agak2 haus keluar mnm kopi.. syok.. balik2 makan balik2 makan... hihihi 

oh ok nak cerita pasal Nilai Spring ni, aku tengok pada 1st impression adalah biasa2 jer, tapi dah masuk dalam , masuk bilik..not bad juga.. cantik n makan pun sedapppppppp.... dinner mlam tu perut aku rasa macam nak meletup..semua sedap2, semua rasa nak makan,..walaupn ambik sikit2, tapi kerap mana x meletop perut..aku siap buka butang seluar lagi hahahha.. baru selesa sikit nak tambah desert... ^_^ daripada breakfast, lunch, hi tea, dinner..semua sedap.. n aku suka lg swimming pool dia cantik, n luas untuk budak2 siap ada macam y kat playground tu tapi kat air..kalau bawa kamil n karmila cnfrm syok diorg main air.... 

oo tapi dalam syok2 aku cerita ni, ada 1 kejadian y sedih juga tjadi... aku namakan dia Charles, dia opis mate aku tapi dia senior la mungkin around lated 40... pagi jumaat tu Dato baru announced yang dia dpaat naik pangkat pengurus di jabatan lain..semua orang happy utk dia, tp dia nmpk xsihat masa kat sana, dato announced siang tu, kejadian berlaku malam tu, dia kena sawan.. aku risau sgt tgk sbb masa buih kat mulut dia tu keluar bersama darah... n dia kejang kaku..aku kesian tgk dia, tapi aku xberani dekat...biarla mereka2 y pakar uruskan..aku memerhati dari jauh... aku cuma alihkan spek n hp dia jer dari dipijak... sebelum masuk dewan utk activity lain, kitorg dinner dulu, n kebetulan dia duduk semeja dgn aku, aku tegur dia sbb dia nampak shaking, dia cakap cold.. ok fine pastu dia bangun aku ingt dia p ambik coffee ke nasi ke..rupanya terus xduduk dah... dia cuma makan buah mata kucing 6 biji n salad 2 3 helai... tu jer... aku rasa dia kurang gula kot, sbb bawa p spital terus lepas tu doc cakap semua ok.. aku pun pelik.. tp aku kesian tgk dia..now dia warded kat spital nilai..hope nothing serius...n hrp2 dia cepat sembuh... semua terkejut dgn kejadian tu...

kita kena ingt, rasa badan macam sihat sebenarnya kita xtau kat dalam badan kita macam mana... jaga kesihatan kita semua ye... hurmm ok x kalau kita tgk pic maca retreat? jomlaaaaaa




bilik... not bad.. 

dalam dewan, tapi aku xtulis apa pun sbb aku tulis kat whiteboard..hihih feeling2 cikgu...


lunch... sedap

dessert..jgn menilai dari rupa sbb semua sedappppppppppppp

honey dew puding... sedap just nice xmanis sgt

2nd round dinner, 1 round xsnap sbb dh selamat dalam perut.....

bread puding....y menangis kalau makan sbb sedap sgt.. sentiasa ada bread puding kat buffet dia.. puas makan...

y ni kalau makan boleh pengsan tau sbb sedapppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppppp haaaa sedap sgt.. crab with cheese... adoiiiii teringt ni pun rasa nak pengsan dah.... sedap sedap...


Dato VC buat closing...

haaaa ni group aku... ehhhh aku sorg gigirl... nk buat macam mana..dh biasa dh....cantik jer sama tinggi.. ^_^


Lunch last day... masa lunch dah xbernafsu sgt nk mkn mcm2 sbb duk ingt nak balik jer.... tapi sedap laa... rojak buah tu terbaekkkk

aku suka corak kat blkg aku tu... besar n cantik.. buka2 lif nmpk hiasan ni kat dinding ... cantik

bilik aku... 526 ^_^

last but not least...saje nk tunjuk shawl baru beli.... ^_^

enjoy mkn2 masa retreat.... 





NUffnang Ads