Followers

Friday, July 29, 2016

GENG 916

dahsyat kan tengok tajuk entry..ganas betul..tapi inilah hakikatnya aku pun ada geng yang digelar Geng 916.. kenapa??? sebab dengan geng ni la aku pandai beli emas, dengan geng ni sanggup habis masa berejam2 kat kedai emas.. yeahhh... 7 tahun bekerja sama, 1 jabatan ..sekarang semua dah terpisah lain2 jabatan... 

hari ini dalam sejarah berkumpul semula lepas aku masuk balik Blok BJ, tempat jabatan lama dulu.. dah banyak kali plan nk jumpa, kalau dapat jumpa pun utk breakfast sorg jer susah nkdapat kumpul semua ada.. walaupun beza umor antar aku dengan diorg max 30 tahun, tapi masih boleh in..enjoy berkawan, nasihat2 yang berguna, xde cucuk belakang laa... dengan diorg bebas untuk cerita apa jer.. 

hari berjaya kumpul semula di Blok BJ, kononya nak Pot Luck n aku kena bawa nasi tapi aku pun xsempat nk sebab full dengan jamuan lain..so Kak Teh laa yang beli kan, beza umur aku dengan Kak Teh 30 tahun, bulan 10 ni Kak Teh akan bersara.. aku selalu panggil Kak Teh ibu sebab lebih keibuan sikit, kalau shopping nak beli barang dia selalu tegah sbb katanya ada byk lagi perlu guna duit , jgn membazir.. very keibuan.. sorang lagi Kak Shima, beza umur 10 tahun, dah tukar ke jabatan lain juga.. susah betul nak jumpa, sbb opis dia banyak "mato mato", ni kaki emas..boleh kata tiap2 bulan beli emas n sume cantik2..sorg lagi Kak Indah, tak sama jabatan juga beza umor 6 tahun gitu... tapi seronok kawan walaupun aku lebih muda banyak..dengan Kak Indah suka rebut2 makan, nnt dia mara kalau dia xdpt makan..hahah seronok tengok Kak Indah marah...




Kak Shima, Kak Teh, Kak Indah, Aku.. ^_^



Pot Luck yang sudahnya sume beli bukan masak sendiri... ibu jer buat salad.. sodapp, kalau dah ibu tu kan, buat salad pun dah sodap sangat..



hahaah aku dengan Kak Teh yang comel... seronok jumpa n sembang2.. next time plan lagi ye untuk jumpa2 n lepas sebelum Kak Teh habis kerja... will miss u ibu.. will miss u kakak2...


LOVEA

Wednesday, July 27, 2016

A I M I K H A L I S H A #4

Anak bongsu buah hati tak diduga rezeki Ilahi.. haaa panjang betul panggilan anje2 ibu no 4 ni..

aku dapat tau ngandungkan kisha masa umur khalish 8 bulan, kan rezeki namanya tu hahah asal2 kisahnya aku p klinik untuk pasang Implan *untukmerancang konon..sekali tu Dr Huda kata std procedure sebelum pasang alat kena buat Pregnancy Test, maka dengan confidentnya aku pun buat test, sekali Dr ucap tahniah daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... whattt?? mula lamacam2 soal jawab berlaku antara aku dengan Dr.. waktu tu kandungan dah pun 7 minggu, scan tengok sudah ada kantong ... which is i cant do anything...so aku terima dengan hati yang terbuka walau agak sempit pada mulanya,,. bukan apa sebab khalish masih kecik sangat.. tapi sapa la kita nak menolak semua ketentuanNya...

dipendekkan cerita... sama juga macam Karmila n Khalish... Kisha juga dah turun air ketuban dari rumah.. 23/4 aku dah start rasa basah, start leaking..aku wat lek lagi sbb tak sakit cuma makin kerap air turun..malam 24/4 dah start banjir n banjir... tapi masih tak sakit.. so pagi 24/4 tu plan nya nak ke Klinik Huda untuk scan baby dulu sebab yang last checkup baby songsang, so aku takut... tapi kita relax lagi sebab masih belum sakit.. pagi tu siap jejogging dan sarapan kat Titiwangsa...hambekkk.. balik dari Titiwangsa, terus ke Klinik Huda..masa kat registration aku dah cakap dh leaking siap nitik2 lagi kat kaunter..Dr kuar n suh terus ke KPJ Kajang..aku pun dah risau dah ni sebab dah lama juga leaking takut kering air.. so aku pun pegi laa sampai kat emergency tu (11.00pagi) dah start banjir lagi... nurse tolak kat Labour Room, aku relax lagi nurse call Dr. Bala..check2 tengok sudah 3 cm daaa.... tapi masih belum ada contractions..aku masih relax nyembang dengan En.Suami yang sentiasa disisi...

Dr dah start risau sebab dah pukul 12.00 aku masih relax n bukaan masih 3cm... nurse induce aku biar sakit.. bukaan masih 3cm.. #sakitpulakhatikita bila nurse asyik check laluan jer.. Dr pun risau sebab biasanya anak ke 4 dah cepat laluan buka..kejap2 Dr call nurse..aku dengar nurse cakap "still same Dr., patient still comfortable" yang air dia induce kat aku tu dia naik kan biar cepat contractions kot, aku pun xtau apa fungsinya hahahah...start lepas tu baru aku start rasa sakit (1.30ptg) tapi laluan belum juga buka...start pukul 2.00ptg laluan buka 4cm, pukul 3.00ptg buka 5cm....haaaaaa nak kuar dah nak kuar dah... glabah beb aku tp senyap jer malu nak jerit2 hahahah cuma bila makin sakit mulala nurse suh sedut gas, pergghhh highh beb.. tapi alhamdulillah laluan lebih cepat bukaan... dalam pukul 3.30ptg dah makin cepat bukaan ke 8cm n 10cm...nurse call Dr  cakap aku dah ready..Dr masuk LR, aku dengar nurse cakap "shes ready Dr,  the head is there" wowwwwww... dengan 2 kali push keluarlaa anak dara kecik aku (3.45ptg)... terus nurse letak kat dada Skin to Skin , sambil2 Dr. lakukan aktiviti menjahit dibawah sana..aku leka tengok baby pegang tgn dia..tgk mata dia , dia tgk mata aku...woww very precious moment...kenangan terindah.. Allah hu akhbar, Maha suci Allah... segala nikmat dan pemberianNya aku syukuri...

bersyukur dengan kelahiran puteri manis yang aku namakan Aimi Khalisha binti Arinshah... Allah.. kasih dan sayang utk kisha buah hati ibu...membesarlah sebagai insan yang berhati mulia, solehah penyejuk hati ibu dan abah... Allah..lindungi anak ku ini dari segala kecelakaan..rahmati hidupnya Allah... murahkan rezeki kami semua Ya Allah...








Alhamdulillah..diusia mencecah ke 3 siri ni aku dah ada 4 cahaya mata penghibur keluarga penggukuh rumah tangga.. syukur dengan segala kurniaanMu...


semoga anak2 ibu membesar dengan penuh kasih sayang, menjadi insan yang berguna membanggakan keluarga..soleh dan solehah cemerlang di dunia dan di akhirat... ibu sayang kn anak2 ibu..walaupun kadang2 jadi askar kat rumah..semua demi kebaikkan bersama... buah hati ibu..

Ahmad Kamil Akashah bin Arinshah, 
Aimi Karmila binti Arinshah, 
Ahmad Khalish Akashah bin Arinshah, 
Aimi Khalisha binti Arinshah.

sayang ibu untuk kalian... 


LOVE

Tuesday, July 26, 2016

Follow ahkak qalesya.appearals

Alhamdulillah sejak melahirkan buah hati ke 4 tempoh hari maka telah lahirlah juga "qalesya.appearals" , saya budak baru belajar marketing.. aku bukan la jenis bisness minded tapi sejak ngandungkan kisha aku asyik fikir pasal meniaga..suka baca blog orang2 niaga, tengok archievement diorg.. kesusahan sebelum berjaya yang ditempoh.. woww sangat mencabar n sangat kuat untuk lalui semua itu..

aku tidakla sehebat itu, sekadar picisan yang baru belajar2 menjadi dropship sambilan.. tapi aku dah mula rasa keseronokkannya.. perasaan teruja bila ada customer.. woww memang seronok.. bila ada yang bertanya sahaja pun dah cukup puas, jangan gopoh, slow2 dan yang penting yakin dan terus yakin akan setiap pemberian Allah..yakin sahaja rezeki ketentuanNya... 

awal pertubuhan "qalesya.appearals" lebih kepada produk kecantikan, skin care, makeup dan yang seumpamanya..tapi kebetulan waktu itu hampir2 dengan raya maka terlintas untuk jual baju2 pulak... dan nampaknya memang mendapat sambutan seiiring dengan tagline "qalesya.appearals" iaitu "lets cantik 2gether" ..yang nak jadi cantik semua follow ig tu... Alhamdulillah dengan rezekiNya..

jom pakat2 follow ig budak baru belajar ni "qalesya.appearals" dan dapatkan harga kasih sayang dari aku yee..masa nak order cakap jer dapat tau pasal ig tu dari blog ni. supaya tak tersalah ig, ni dia profilenya... 



support me kawan2...


LOVE

Monday, July 25, 2016

N G A N T U K

department baru ni sangat relax..sampai buat aku rasa mengantuk ya amat... 
tp next month ada 2 event yang aku perlu handle kat sini, seronok nya..baru semangat sikit nak keje bila ada event.. ada orang jenis memang suka buat keje ngadap pc jer..ada org jenis suka keje bergerak n keluar2.. itula aku..aku lebih suka deal dengan orang buat keje luar daripada duduk jer depan pc.. kalau duduk hadap pc jer boleh buat aku tido n hilang focus walaupun radio berdentum dentap... haaa ada orang juga jenis buat keje kena sunyi sepi, aku tak boleh..aku kena ada muzik kejap2 nak nyembang... i dont mind kalau orang nyembang tp keje jalan..apa ada hal.. daripada senyap jer ttapi main game.. keje kena happening babe.. kalau sunyi2 baik keje kat library.. agaknya kalau aku ditukarkan ke library mau tido jer agaknya aku kat situ.. 

hari tu masa mula2 masuk jab ni aku dah tegur dah memang kena keje senyap2 ker,, sebab tak de sapa pasang muzik, ada sorg dua y pasang headphone.. adoii mau pecah gegendang telinga kalau pasang headphone seharian.. then aku terpaksa terus terang dengan cara aku.. nasib baik aku duk bilik sensorang, kalau sharing mungkin akan ada yang tak selesa, unless roommate sekepala... pada aku seronok lagi share bilik sbb ada kawan nk nyembang.. kat jab lama pun siap request nak share bilik, tapi kat sni nampaknya memang semua duduk bilik sorg.. so kita kenala hidup juga mengikut keadaan semasa ok.. jangan nak ikut kepala koo jerr.. hahah aku tgh try nak enjoy kat tempat baru.. xjumpa lagi orang yang sekepala.. tadi lunch seronok enjoy bergelak tawa dengan kwn2 lama.. nampaknya time lunch jer la dapat bergelak ketawa dgn geng..

apa pun.. aku redha dgn semua ini.. ok apa duduk dikalangan academician yang sibuk dengan research masing2,, dah dah.. sambung keje...................


LOVE

-Opis Baru-

Selepas 3 tahun keje buat event jer, aku tukar jabatan ke bahagian penyelidikan.. mula2 dapat berita ni rasa sangat down and demotivated sangat..sebab aku suka buat event n dah tentu2 aku mmg background corp comm, apa la yang aku nak buat kat research centre ni.. but its ok still positive and take this as a challenges.. hadap jer laa.. mungkin ini masanya untuk aku sambung phd.. anggan2 yang tersangkut sebab mengandung hari tu, mungkin aku perlu teruskan balik niat nak sambung phd. 

aku ada beberapa hari lagi untuk decide nak sambung ke x.. sabar sabar... 

ok dah nak masuk 2 mggu di jabatan baru, ada masalah besar yang aku kena selesaikna, masalah salah sorg staff aku ni selalu ambik cuti n mc, banyak keje admin yang pending..aku dah minta dia masuk keje hari ni untuk discuss permasalahan ni.. conclutions yang aku dapat buat mmg dia sakit sbb ada black n white dari pihak Doc pakar.. which is cant denied it... aku tak kata dia tipu pun, cuma aku mnta dia datang untuk bincang, benda boleh bincang beb... serba salah juga bila dia siap nangis n minta pertimbangan dari aku agar dia tidak diambil tindakan., aku akan bincang lebih lanjut dengan bos besar pasal hal ini, mungkin dia yang akan decide nanti.. kita tak tau masalah org, penyakit org selagi kita sendiri tak kena so jgn la menghukum tanpa usul periksa.. 

ada beberapa perkara yang aku dah mnta dia buat, hopefully dia akan buat dan bincang dengan aku semula... aku doakan dia cepat sembuh sbb based on my observations dia mmg pekerja yang bagus, dan cekap.. so buat apa aku nak keluarkan org yang bagus dalam keje hanya kerana2 masalah2 kecil begini.. belum tentu yang masuk nnt akan sebagus dia atau takut2 lebih teruk dari dia.. so kita bagi dia peluang lagi ok. 

anyway guys... meh tgk view opis kita...




hihihi.. my new room.. penat tau ngemas.. 
insyaallah i love my new team, my new task.. 

tggu lagi update hal lain2 pulak ye...

LOVE

Friday, July 22, 2016

_ A S S A L A M U A L A I K U M _

Allah hu akhbar... Bismillahirohmanirohim... terlalu banyak yang nak diucapkan yang nak diceritakan dalam ni... tak tau nk start dari mana... jadi kiranya kita buka buku baru dan mulakan hidup baru dengan pengaktifan semula blog ni... kembali mengasah bakat2 menulis yang dah lama terpendam dan berkurun karam tak tau apa kenanya.. kita hidupkan kembali kemanisan berblog... rindu sangat nak berblog.. tapi apa kan daya banyak kekangan yang perlu dihadapi.. bak kata game Daytona... START YOUR ENGINE NOW!!!..... hahahah ok salam sayang semua... this blog will active back!!!!





           -love-

NUffnang Ads