Followers

Monday, November 29, 2010

W I S D O M

Terjumpa wisdom ni dalam blog org... n  ok jg rsnye...

"You gotta live to learn, you gotta crash and burn. You gotta make some stances, and you gotta take some chances. You gotta live and love, and take all life has to give. You gotta live and learn, so you can learn to live...."

Lelaki Perlu Tau, Perempuan Pun Kena Tau....

Lelaki perlu tahu yang perempuan:
1.Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
2.Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.
3.Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
4.Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
5.Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
6.Prihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
7.Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum.
8.Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
9.Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
10.Seks : SEKs bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkann ya. “Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung dan bukan sebagai pemusnah. WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari. Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA”
Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:
1.Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
2.Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
3.Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
4.Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
5.Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita
6.Lelaki memang dilahirkan dgn perasaan yg kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
7.Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
8.Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
9.Bila lelaki cakap..”Emm. tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
10.Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus- terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
11.Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys!
12.Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
13.Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini…
14.Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
15.Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..:)
16.Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari…maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja….Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
17.Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
18.Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
19.Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
20.Kebanyakan lelaki cukup lemah dgn air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan

p/s: anda buat anda dapat...
 

Friday, November 26, 2010

A.I.S.K.R.I.M

tetiba nak buat entry pasal aiskrim plak..sebabnya tadi baru jer makan aiskrim, xsangka kat cafe office ni ada jual aiskrim..baru start jual hari ni kot sebab semalam tak de pun jual...hurmm sedpa tadi makan aiskrim vanilla n keladi...pergghh mmg sedap..*aku mmg suka mkn aiskrim lagi2 vanilla n keladi..pastu teringt aiskrim zaman dulu2 smpai sekarang.....

aiskirm ni suka masa zaman sekolah tadika dolu2..... dgn aiskrim y ni..

yang ni kalau dapat time blk sekolah rendah tu mmg nikmat giler..mkn sambil jalan kaki blk umah...sedap giler sejuk2 mcm ni r... aiskrim milo, asam boi... *perghhhh syahdu seyhhh

haaaaa mcm ni pun aku suka, tp xdela aiskrimnya aku biar jer mcm tu besar tu...aku suka ratakan kat roti tu dulu...huhuhuhu sedap ni.....

aiskrim potong.....mmg sedap jg...tp aku suka lagi perisa kacang merah n pulut itam....aduyaiiii sedap rs nk g cari jer tgh ni..hhaahahah


haaaa kalau mak beli dalam bekas y besar tu aku suka ceduk aiskrim letak dalam cawan mcm ni la....
*alamak ada add blog org la....hihihiih

now dah up lagi...dgn adanya Baskin Robin mmg lagi banyakla aiskrim y sedap2... cake BR jer aku x try lagi...*nnt nak ajak En.Hubby try cake BR la... kalau nak tgk perisa y ada kat BR sila click link ni... 



baru2 ni aku dengar org sibuk duk cite pasal aiskrim goreng...masa study kat pahang dulu pnah gak mkn tp gambar ni nmpk mcm lagi sedap jer.... *huhuhuh mn mau cari ni....


dahla buat meleleh air liur aku jer cite pasal aiskrim ni..memula saje nk g tau y aku suka mkn aiskrim hihihihihi...dah cukup...

LAGI2 PEROMPAK

What???? PEROMPAK again???? hurmmm semalam rumah jiran aku kena masuk perompak.... ini bahaya!!!!! *ala2 wonderpets... aku tak tau nk cakap apa... kenapala diorg ni suka sgt merompak? banyak kerajaan sediakan peluang pekerjaan kat Malaysia ni...cuba2 la apply... kenapa la buat keje y menyusahkan org lain..kalau kena tangkap dah tentu2 kau pun susah wahai PEROMPAK....aduhhhh..pening kepala aku...aku pun risau juga dah la rumah aku pn dah kn...ni jiran plak..msti dia ada aim sesuatu ni..msti dia dh perati area2 situ ni...haishhhhh *macam David Caruso CSI plak... aku doakan PEROMPAK ni insaf n xbuat lagi bnd2 mcm ni yee..... n jgn la try umah aku lg...ko akan menyesal sbb xde apa pun kat umah aku tu....hihihihi

Thursday, November 25, 2010

Salah Setting

Tadi baru perasan yang date n masa kat blog aku ni tak seiring dgn waktu Malaysia...ahahha rupanya ikut Pasific -08.00 *senget tul... dah byk bt entry tp xperasan psl bnd ni... hahaha tp sekarang aku dah tukar ok n xmo salah2 dah ye....

Wednesday, November 24, 2010

Dalam Hati Ada Taman

ntahla pagi ni rasa berbunga2 jer rasa dalam hati ada taman y ada sungai mengalir, burung berkicauan, pohon buah segar dan bunga2an segar harum segenap sudut..wahhhh dahsyat dah aku ni..tp aku pn xtau knpe nk kata dpt apa2 xde plak..ntahla harap biarla rasa macam ni kekal sbb aku pn malas nk serabut2 tension2 kn...hurmmm pastu masuk opis td duduk2 pastu tetiba berangan kot tetiba kang ada org ketuk pintu bilik utk deliver a bouquets of roses..... wahhh syok giler aku rasa...xkisahla dr sp pun kn hihihihi... tp berangan jer pun... * sambung berangan bila terus jer search jambangan  bunga y cun2...teruk btl dh aku ni..


cun juga yang ni..cuma aku xsuka sgt ros putih pink tu blh terima lagi...tp most suka red ros la kna..huhuh


y ni nmpk sgt sweet... tp nmpk lembut sgt kot...just imagine klu ros pink bertukar red ros..perghhh cnfrm cun sbb penyeri bunga2 putih kecik2 tu y cun...*i like...


this is nice...but too simple kot aku rs... tp klu dpt suke jer kn hahaha....mgkn sbb rapping dia tu simple sgt kot..letakla kaler lain kn hurrmmmm aku nk jd florist la rsnye n buka kedai bunga...sbb aku pencinta bunga ^_^ especially ros laaa


gojes gilerrr........ i likeeeee.... klu aku dpt la y ni mmg aku xbt bnd lain dh duk belek dia jer... cantik sgt2.. y ni jeles xcepat layu tau sbb dia masih blm kembang so lm la skit dpt bertahan kan...eeeeee geram jer aku suka giler y ni.... *tp ada y lg suka kot.... jeng jeng jeng......


ini dia................cun kan????? combination kaler y sgt menarik n sweet...bunga y sedang mekar mengharum ...wahhhhh sgt suka y ni..bertambah manis bl ada kelr hijau skit2 tu... suka suka suka *jgn r tgk gmbr pengantin y cium tu...

stop stop stop!!! stop berangan ye faezah!!!!

Tuesday, November 23, 2010

Kerinduan

tadi masa minum kat pantry..officemate aku sume cite pasal abah abah diorg... hurmm tiba2 aku sebak teringatkan ayah aku.. rindunya kat ayah.... sgt rindu... wlaupun ayah dah pergi 5/2/2006 yang lalu tapi aku rasa macam baru jer kehilangan ayah tersayang... aku terus masuk office sbb xblh duduk lm lagi takut ada air mata y mengalir.. baik aku msuk bilik dari dengar sume crita2 tu buat aku jeles jer sbb ayah aku dah tak de lagi...ayah dah tinggalkan aku sendirian.... nasib kat atas meja opis aku ni mmg ada gambar ayah.. tp mmg aku rindu sgt kat ayah.... Al-Fatihah untuk ayah tersayang....

 ni la gambar ayah aku Khairudin Othman...ye itu ayah aku....... ni jerla gambar pengubat rindu aku pada ayah..


p/s:
adik rindu ayah....


PENGEMIS

Kata2 untuk hari ini "akibat terlalu bertoleransi, akan jadi pengemis"
*pengemis yang hanya layak di persendakan.

Monday, November 22, 2010

Alhamdulillah.....

kelas dah bermula..baru minggu ke 2 tapi aku rasa macam dah nk exam jer sbb assingment sgt byk *xleh buat last minute... sume kena buat awal2.... minggu ni jer aku dah ada 1 presentation *sendiri y volunteer n 1 midterm *haaa???midterm??? belasah jer la... apa2 pun aku harap dapat naik lagi result utk sem ni seperti2 sem2 y lepas... nk cuba jug utk dapatkan kepujian dekan....insyaallah....


Tuesday, November 16, 2010

P E R O M P A K

PEROMPAK....ye aku benci akan mereka2 y buat keje macam ni...n semalam rumah aku telah dimasuki PEROMPAK masa aku n Mr.Hubby ke tempat keje... aku perasan pun masa nak mandi.. n ternampak kesan tapak kaki orang kat dinding rumah..aku suh Mr.Hubby check bumbung n bila ditolak dari dalam zink tu terus terangkat thats means dia masuk dari bumbung...aku tgk ada 4 kesan tapak kaki orang dari dinding bilik air tu...n aku takut kalau2 org tu dah tau jalan n akan try lagi esok lusa...aduyaiii..mlm tadi Mr. Hubby terus pakukn semula bumbung tu..tp kebarangkalian untuk PEROMPAK tu masuk semula memang ada...n aku sgt takut... lg pun umah aku kecik jer n bukan ada apa pun y boleh dicuri..tp kepada si PEROMPAK jgn harap ko boleh dapat apa2 bila dah masuk rumah aku next time sebaba sume brg2 y berharga aku dah sembunyikan....hahahahahahahahah *gelak jahat... kepada PEROMPAK lagi..bawa2 la insaf...g la cari keje y halal... xg skool ke y MEROMPAK tu berdosa n salah disisi undang2..klu hukum hudud dah kena potong dah tgn busuk ko tu...adushhh emosi betul klu cite pasal PEROMPAK ni sebab keje dia ni menganiaya n menyusahkan orang lain...n PEROMPAK.....aku benci kamu!!!!!!!!

White Garden Party

Jumaat lepas sebelum bermulanya kelas pertama bagi trimester yang ke 7 ni.. abg sham ada buat BBQ kat rumah dia area seremban..mmg biasanya weols mmg adakan xtvt sebelum bermulanya sem baru...n now berBBQ kat umah abg sham pula...sebenarnya dulu masa sem2 kalau tak silap weols dah buat dah BBQ ni kat umah abg sham juga cuma time tu aku xjoin sbb tengah mengandung so Mr.Hubby xbg la kuar lewat malam kan... so this time no reason utk xjoin..aku bersama Mr.Hubby n Hencem Boy ke umah abg sham utk white party ni sbb temanya putih...jom layan gambar.....


yang suar pendek tu la tuan rumah nye ^_^ ila tgh kipas2 kt blkg tu aku...n AJ hubby ain pegang pengepit...


ibu mengandung ain n shita... beza sebulan jer tu..kalau tak silap laa....

inilah wajah2 ceria kami sebelum start final year...... ceria kan =)

ini kek y aku bawa utk party ni...tgk tu 16 nama classmate aku sume ada....kek ni sgt sedap kalau nk order sila ke http://cakecomelcamelira.blogspot.com/

aku tgh melayan amil manjat2 pagar tuan rumah ni...hihihi cian amil xde kawan... so sebelum dia ngamuk kena la layan dia...maybe next bbq amil dah ada kawan kot sbb ada baby2 y bakal lahirkan....

abah n amil... nasib mlm tu abah n amil sporting ^_^ sayang kamu berdua..... mmuah


mcm belum ready jer sume2 dlm gambar ni....


senyummmm....

cameraman dari atas..... cantik juga kan..

np ibu jer y senyum besar ye...amil xsenyum pun..abah senyum skit jer... hurrmm xpela jnji gambar ni cantik ^_^ credit utk abg pejai....


p/s:
gambar sgt byk malas mau upload

Monday, November 15, 2010

Trimester 7 a.k.a Final Year...

Alhamdulillah...minggu berjoli2 n berjimba2 dah berlalu...kelas untuk terimester 7 dah bermula pada sabtu y lalu..wahh result sem  6 yang ala2 gempak juga pun dah tau... alhamdulillah..sumenye dah berjaya ditempuh... now perlu fokus untuk sem 7 ni pulak..aku teringin nak dpt kepujian dekan...cgpa menunjukkan peningkatan...aku akn cuba lg untuk maintain dan dptkan kepujian dekan..syoknye klu dapat n dapatla aku lawan "budak" tu... dulu ms dia belajar n dah grad pun dia xdpt kepujian dekan...huhuhu aku bukan jeles atau apa cuma nak bersaing secara sihat dan diam2 jer...hanya aku dan dia sahaja yang tau.... semoga sem ni aku dapat pointer tinggi lagi yahoooooo...... ^_^ nnt cik abg kena bagi hadiah spesel utk aku best kn...pastu klu dh hbs ni rasa mcm nk sambung lagi jer.... insyaallah... klu ada rezeki aku, aku pasti dapat...


ni antara classmate aku....belum cukup lagi ni...ni masa kitorg baru mendarat di bandar Ho Chi Minh, Vietnam...seronok sgt...


lagi gambar kwn2 di hari ke 2 di Vietnam......


bergambar di tangga pintu masuk ke hotel yang kami tinggal selama 4 hari ni Vietnam..iaitu Hotel Lavender....syoknyee.... hotel ni dekat dengan Bhen Than Market... syok..

its me....menyusuri Sungai Mekong...


ni bergambar dengan penyanyi2 Vietnam yang cun2 masa ni kat pulau Mekong tu la..xingt dah hihihihh

ni team produksi aku..masa ni kitorg buat dokumentari..short video pasal mekong delta... dan inilah krew2 nye ^_^ ...walaupun....



ni masa dekat Pagoda...apa ntah..aku dh xingt dah....

aku suka gambar ni....credit kpd abg pejai y tukang ambil gambr,.... sebenarnye gambar byk giler...dah tu sbnrnye pg vietnam ni dah lm ...tetiba nk upload jg..lama xlm sgt la... bulan 7 ri tu hihihihihisyg classmate aku..enjoy sgt... ^_^

Friday, November 12, 2010

Pesanan dari Pakcik Berjanggut Putih....

Assalamualaikum,

Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu.. Timbul di hati saya untuk jalan seiringan ke surau.

Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan penting, tapi ada

tiga
surah yang beliau 'pegang' betul-betul , dan beliau nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul. Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.

Kedua,

Surah Al-Ikhlas
. Surah ini, katanya, s urah tauhid.
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat baik tapi tak ikhlas.


Ketiga, surah

Al-Kafirun
, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.

Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar

'untukmu agamamu, untukku agamaku'
.
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.


Pertama, kekuatan minda

Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.


Kedua, kekuatan hati

Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik...


Ketiga, kuat fizikal

Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya

.

Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.
Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan..


Iqra'.....!


Take a break....... .meditate. ..3 minutes & calm your mind...
Recite 3x :

1. Katakanlah (wahai Muhammad); " (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya".



p/s: terima kasih kepada siapa yang menghantar email...now aku dah tolong sampaikan pesanan ni...

Wednesday, November 10, 2010

Istimewanya bergelar I S T E R I

Entry ni terbaca dari blog seorang kawan.... bagus untuk peringatan para isteri..bersyukur dengan segala kurniaan yang Maha Esa...Alhamdulillah...


Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/peranan isteri terhadap suami. Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti dibawah :-

Memberi/membuat segelas air untuk suami
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun


Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami

Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah


Perkhidmatan yang diberi pada suami
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus


Menghamilkan benih suami
Fadhilat : mendapat pahala syahid


Isteri mandi Junub dengan suami
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin


Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. Dan sekiranya isteri berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.


Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah


Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya dia terus masuk syurga! alhamdulillah...


p/s:
credit utk ain ^_^


2nd Anniversary.....

Alhamdulillah... semalam 8/11/2010 genaplah 2 tahun usia perkahwinan aku dan suami tersayang... so aku dah cakap dengan suami untuk berjalan2 hari ahad semalam... so we ols pun pegi la jalan2... tempat pertama yang weols pegi adalah Zoo Negara...wahhh saja nak tunjuk kat Ahmad Kamil Akashah haiwan2 yang ada, biar dia kenal...bukan main teruja dia tengok gajah yang besar n ziraffah yang berleher jinjang tu..pastu tengok persembahan haiwan iaitu anjing laut yang diberi nama Mr. Bad *hhihihihhi ntah pape ntah..layan jer la..amil suka la tgk anjing laut tu..nasib baik cuaca sgt elok tidak terlalu panas, redup jer memang syok sgt jenjalan time macam ni.. excited amil tu siap tertido kat bahu abah dia.. so jom kita layan gambar dulu ok....


















Pastu bermandi manda pulak kat ulu yam..saje jer..tp yang mandinye abah n amil jer..ibu duk tepi jer tgk dua beranak tu mandi..tp time ni lupa bw turun kamera so xde la gambar... tp gambar kat tepi tasik tu adalah dan y ambil gambar masa ni pula mamat y datang nak memancing kat situ hihihih mnta tlg la apa lg...



sampai jer rumah petang tu dah kepenatan...abah tido la apa lg.. ibu n amil lepak2 tengok burung kat luar rumah n menunggu kek anniversary...  ini la rupa kek 2nd anniversary weols... huhuhuhu



alhamdulillah... semoga semua y dirancang berjalan lancar.... ^_^ berbahagia bersama hingga ke akhirnya...




p/s: panjang plak entry kali ni hihihihi

NUffnang Ads