Followers

Wednesday, February 23, 2011

~HERNIOTOMY~

hari ni kita nak belajar medic ok... apa makna tajuk entry aku kali ni?? hurmm ini la penyakit yang menimpa baby boy aku tu...ingt x entry aku sebelum ni pasal hari selasa penentu segalanya? so semalam aku dah bawa baby boy appoitment kat Klinik Pakar An-Nur.. so doc kata its HERNIA... doc dah try tolak untuk masukkan semula tapi tak boleh so the best way is operation.. simple operation katanya mengambil masa 1 jam.. hurmm macam2 soalan aku bagi kat doc untuk kepastian segalanya..so merasakan itu y terbaik..aku redha jer... mari aku kenalkan kat korang apa itu HERNIA...


HERNIA ada banyak jenis.... Ini salah satu daripada HERNIA.. Ia boleh terjadi di perut.. Ia boleh berlaku di 'testis'..Ia boleh berlaku di sekitar abdomen kiri/kanan berdekatan dengan kemaluan lelaki..


ini HERNIA yang berlaku kat perut... menurut Pak Ngah, ada kenalan dia yang terkena HERNIA di perut dan tidak dirawat dengan segera pastu meninggal dunia... thats means benda ni boleh menyebabkan kematian sekiranya tidak dirawat dengan segera...

ini kedudukan HERNIA tu dalam badan seseorang..jadi yang ni aku tak berapa reti nak explain... *maklumla xhbs bt medic.. ^_^

jadi semalam aku n doc dah menetapkan hari khamis esok sebagai hari operation, Baby boy tak dibenarkan makan bermula pukul 11.00 pagi malainkan minum air masak dan susu badan, dan pembedahan akan bermula pukul 5.00 ptg dan aku akan bawa Baby Boy masuk wad pukul 2.00 ptg. Hati aku ni tuhan sahaja yang tau apa ada dalamnya.. macam2 perasaan..sebab belum ada pengalaman berhadapan dengan perkara sebegini. Anak kakak2 aku pun  tak de yang kena macam ni...so aku redha la mungkin ini dugaan untuk aku...aku bersyukur sebab perkara ini terjadi masa aku tengah cuti sem.. harap2 ini jalan terbaik untuk Baby Boy.. aku harap amil akan sihat sentiasa...

korang doakan amil sama yer....


terima kasih semua.... ^_^


Tuesday, February 22, 2011

MERDEKA

hahaha ni bukan merdeka yang 31 ogos tu tau..ni merdeka untuk sem 7 ni.. sabtu n ahad semalam aku final exam untuk sem 7 ni... giler susah ok... migrain n seram seram sejuk jawab..walaupun susah tetap gak jawab, betul ker x betul aku xtau...tapi yang pasti memang susah.. yerla dah final year kan sure la sume makin susah... now tengah cuti sem 2 minggu jer pastu start balik sem 8 pastu lagi 1 sem jer nak habis dah..horeeyy... tapi ada niat nak sambung lagi... yang syoknye pas exam Pak Ngah sabtu lepas, dia ada cakap suh buat master kat overseas..hahah n universiti y dia suh buat tu kat Oakland Universiti, New Zealand... hahha nazrul nampak berminat *dia masih bujang so boleh pergi... aku n abg pejai masa tu ye ye jer nak join juga tapi disebabkan kami dah berpasangan..hahaha nak aku dah cakap dengan Mr.Hubby semalam.. mai baca apa Mr,Hubby cakap...

aku: abg, tadi pak ngah suggest untuk sambung master kat Oakland Uni., New Zealand... fi    ingat nak try apply la sebab boleh dapat tajaan kementerian apa ntah xingt... fi ingt kalau dapat nk bawa abg n amil..abg ambilla cuti kerje.. ^_^ *wink

mr.hubby: haishh tak boleh ker sambung kat UPM jer? xnakla..abg punya kerja lagi xkan nak cuti lelama pulak.. kalau fi nak pegi juga pegi la..tapi amil tinggal dengan abg... *weekkk

aku: mana boleh fi nak bawa amil pegi sana sekali..abg tinggal sensorang nnt kat sini..

mr.hubby: *yessss

aku: oo suka... silap2 kang bila fi balik sni abag datang jemput fi kat airport dah ada kawan baru... haaaaaaa 

mr.hubby: sambil gelak2... ntah2 fi y balik nanti bawa mat saleh mata biru...haaaaa

aku: huuuu best juga kot ...hahahaha *haish ngarut jer kan


* aku xrasa kot nak g sana, try apply boleh la kot...hihihihih

aku dah ada family kat sni xkan la tinggal buah hati aku ahmad kamil tu n pengarang jantung ku mr.hubby tu pulak kan.. hahaahahah alamatnya sambung jer la kat UPM tu..


Friday, February 18, 2011

CABARAN

dalam hidup ni siapa yang tak pernah berhadapan dengan segala macam dugaan dan cabaran? siapa?? now aku juga salah seorang insan terpilih yang perlu berhadapan dengan segala dugaan.. aku tahu aku perlu berdepan dengan semua ini dengan berbekalkan kesabaran dan kecekalan hati.... aku harus tempuh semuanya dengan baik.. aku berharap aku kuat untuk menghadapinya.. aku redha dengan segalanya...

selasa ni penentu segalanya.....


Monday, February 14, 2011

L. O. V. E.

y ker hari ni hari Memperingati Kekasih??? betul ker orang Islam tak boleh sambut hari ni??? hari ni je ker boleh Memperingati Kekasih??? aku masih tak faham... kenapa xnk hari2 ingat kat kekasih?? kenapa baru hari ni nak bagi bunga n choc?? hari2 biasa xboleh bagi ker?? @ BF/GF tu xde duit hari2 lain n terpaksa simpan duit semata2 nak sambut hari Memperingati Kekasih ni?? entahlah... tapi aku punya pendapat  sendiri.....



gurls n buys yang tgh cintan cintun sure sentiasa menunggu kehadiran tarikh di atas ni... konon2 nak celebrate sensama..nak bg bunga.. nk bg ceklat.. then nak habis kan masa berdua hari ni.... tapi kan hari2 lain pun boleh buat kan.. kenapa mesti nak tunggu hari ni @ hari2 pun memang buat juga cuma hari ni lebih special la kan.. cm tu yer... aku rasa hari2 is a hari Memperingati Kekasih.. hari2 kena LOVE2.. bukan untuk hari ni jer.. gift?? yupp it is very important in relationship... semalam aku baru present research aku yang majoriti respondan aku jawap memberi hadiah kepada pasangan itu adalah salah satu cara mengekalkan keharmonian rumah tangga selain membuat pasangan rasa lebih di hargai dan di sayangi...
so that mean to BF/GF berjimat cermat la yer..so xdela kena tunggu hari Memperingati Kekasih baru nak bagi hadiah kat pasangan... Hadiah bukan bermakna something yang mahal , intan berlian, kasut berjenama or wat.. it enough dengan sekeping kad yang penuh dengan kata2 cinta, sekuntum mawar merah n sekotak choc.. dis is so sweet ... u know.. hurmmm kalau aku..aku ingin dicintai, di hargai hari2..not only pada certain2 day... hurmm but it depands....

lagi satu kenapa pada hari ni jer baru nak ucap kata2 macam kat atas ni?? hari2 lain xleh ucap ker... entahlaa.... dengan zaman sekarang ni... ntahla xberani nak cakap...cuma y pasti pas 9 bulan nanti kes pembuangan bayi akan meningkat... sama macam last year.. bulan 8 n 9 pasti cite pasal kes buang bayi banyak.. hurmm kesian all the babies... bila aku dah ada anak ni lagi terasa sedih bila tgk kes2 macam tu... ntahla..aku pun xtau nak cakap cm ne lagi.. cuma aku rasa hari2 kot kena cakap " i luv u" , "thanks", "sorry" n so on.. respondan aku yang berjaya dalam mengekalkan keharmonian rumah tangga diorng pun cakap macam tu...  pasangan perlu kurangkan rasa ego dalam diri demi memberi kebahagiaan pada pasangannya...

hurmm itu jer nak cakap untuk hari ni....
nak fokus on final exam pulak...

pesanan kpd couple2 yang tgh hangat bercinta n busy2 nak sambut hari Memperingati Kekasih ni, pandai2 la jaga diri yer.. jgn noti2 sangat... i know muda hanya sekali but pandai2la menikmati zaman muda.. kerana xselamanya anda muda n cantik.. sampai masanya anda akan menyesal melakukan apa yang xbaik semasa muda... jaga diri hiasi peribadi.. buat yang terbaik dlam hidup anda, jangan sampai anda menyesal....

apa aku mengarut pagi2 ni... aku mamai lagi ni.. ok la.. tu jer nak cakap....

Sunday, February 13, 2011

Perang sudah meletus!!

perang apa y dah meletus??? no no no..bukan pasal Mesir ok... ini pasal aku... macam aku penah cerita dulu yang aku ni part time student yang kelas nya hujung minggu  jer manakala hari biasa pulak aku kerja macam orang lain...dalam masa yang sama pulak aku ni isteri Mr.Hubby , ibu Baby Boy, anak Pn. Murni.. korang ingt senang ker aku nak lalui semua ni? tanggungjawab semua tertumpu kat bahu aku ni...kedut2 dah mula keluar..*akibat stress.. tapi aku tempuh juga sehabis daya sebab apa??

  • sebab aku ada cita2 yang ingin di capai
  • sebab aku nak hidup senang dengan usaha aku sendiri
  • sebab aku nak buktikan pada mereka2 yang suka memandang rendah pada aku
  • sebab aku nak gembira dengan kejayaan2 yang aku capai atas usaha aku sendiri
  • sebab aku nak jadi contoh yang terbaik untuk anak aku
  • sebab aku tau aku mampu lakukannya
cuma......
  • aku mengharapkan pengertian dari insan sekeliling aku
  • aku harapkan sokongan dari insan disekeliling aku
  • aku mohon kerjasama dari insan disekeliling aku
  • aku mahukan kata-kata semangat untuk menambah keyakinan aku
  • aku mahu kasih sayang yang jitu agar dapat meningkatkan keyakinan aku..
kerana...
  • aku lakukan ini hanya untuk aku, dia dan kamu......


p/s:
stress dengan assignment , final exam dan alam sekeliling...
GUD LUCK FAEZAH!! <3


Wednesday, February 9, 2011

Anak2 Ade

Kenapa tajuk entry aku kali ni macam tu yer?? Ade tu = Uda.. anak2 buah aku sume panggil aku Ade disebabkan pelat kot, aku pun xingt macam mana yang diorang sume boleh panggil aku Ade... tapi Mr. Hubby pandai pulak diorang panggil Pak Uda.. hurmm aku pun pelik.. aku rasa rindu dengan anak2 buah aku sume2 lagi2 yang nun di perantauan tu... perantauan ker?? Penang jer pun..kira jauh juga la kan nk g menjenguk... memula mari aku kenalkan family aku y besar xberapa besar ni kan...

ok... aku rasa aku dah penah cerita pasal ayah aku dah xde kan, so mestila dalam pic tu cuma ada mak aku dll kan.. pic ayah aku? carila dalam entry yang sebelumnya aku dah letak..*xleh cite bebanyak nnt aku nangis kang... ok ni la family aku n ipar2 sume... aku xde abg, aku ada 3 kakak jer..so y lelaki besar dlm pic tu abang ipar aku, 2 lelaki yang duduk tu adik aku.... y lagi kecik tu la Anak2 Ade....

ini kakak aku, apa?? korang cakap nampak aku lagi besar kan?? nak buat cm ne.. aku yang kecik sebenarnya tapi saiz..aku la y besar.. yela yela sume aku laa.....3 dara manis duk bawah tu Anak2 Ade....

 yang comel manis ni namanya Nur Shakirah Nadirah, cucu sulung n anak sulung kakak aku yang sulung... dia..dalam sume2 Anak Ade ni, Ira ni sorang jer yang pernah jumpa atuk nya yang lain sume xsempat.. sebab tu bila balik sini ira akan ajak weols g ziarah pusara atuk nya... ingat juga dia dengan atuk kan... *sebak dah dada aku ni....

haaaa yang ini budak bijak ni, adik kak ira tadi...comel, ligat, lasak n garang ok... masa dia mula2 pindah Penang, then balik sini jer dia cerita la mak cik kat wayung jual laksa tu panggil ni "murai" sebab banyak mulut..bebel jer.. balik sini jer dah xpanggil air dah panggil "ayaq' orang Penang kan... Ayah dia memang orang Penang...oh lupa pulak..yang ni nama dia Nur Sakinah Nadrah... panggil ina... "si murai" pun boleh hihihi


yang kecik comel hisap jari ni la anak bujang akak aku yan sulung tu... nama nya Arif Iskandar... yang ni sebaya dengan anak ke3 kakak aku no 2.. y ni xbiasa sangat dengan aku, yela dah jarang jumpa kan so bila sesekali balik tu lambat la sikit nk mesra nya lama2 okla..


selesai anak kakak sulung aku, now anak kakak aku y ke 2.... 1st abg long Muhamad Amirul Zakuan, sekarang dah jadi ustaz Amirul sebab dah sekolah kat tahfiz kan.. lasak juga yang ni..tapi ye la kan. orang cakap budak2 ni yang lasak tu y bijak..cuma tahan dengan x jer la kan....hihihiaku xde pic dia sorang so ambik la y dengan adik dia tu....

adik amirul ni yang paling "mentel" antara Anak2 Ade yang lain maklumla kat sini dia sorang jer yang girl nye, yang 2 lagi tu kan kat Penang..so orang pun duk layankan dia jer la... aku suka gak nyakat dia ni..pastu nangis..hihih pastu Ade kena marah hahahah.... oh ye si mentel ni namanya Nur Ayuni Wardiah.panggilnye ayu jer sebab ayu sangatttttt

inila yang sebaya dengan Arif tadi, kakak aku bersalin kalau tak silap selang 2 bulan kot..sama dengan aku dengan kakak aku ke 3.... ok2 yang ni namanya Mohd Amiri.. antara Anak2 Ade..yang ni paling embam ..peha dia...perghh kalah KFC ok... giler debab n geram giler tengok...

eleh eleh eleh... cenyum pulak dia cuit jer... yang cute n kecik comel ni Mohd Irfan Iman..anak kakak aku yang ke 3.. dia tua 2 bulan dengan Kamil.. irfan kecik comel jer..n ringan jer nak banding dengan amil aku tu.. tak rasa apa klu dukung dia...


dalam banyak2 anak buah aku ni, aku tengok pic ayuni yang banyak dengan aku..maklumla si mentel tu memang suka berposing..nak tengok pic dia??? jom..










tengokla gelagat dia tu...pandai jer posing kan.. yang last ni..aku xtau masa ni dia umur berapa...hahaaha comel jer buat mulut cam tu... *hurmm dah lama xmkn gegula kapas tu..hiihihihi

tak adil la kan xde Baby Boy aku kan..huuhuhuh..so Ahmad Kamil Akashah adalah anak aku n Mr.Hubby... apa?? xpenah tengok Baby Boy?? memangla tu kan.... diperkenalkan...tadaaa..

baby boy aku la ni.... kakak aku yang sulung 3 anak, kakak aku ke 2 pun 3 anak, kakak aku ke 3 tu ada 1 anak, aku pun ada 1 anak.... hihhi tambah lagi>??? insyaallah... ^_^ tunggu aku habis belajar yer..



p/s:
aku rindu nak jumpa anak buah aku y nun jauh diperantauan sana..tapi apa kan daya Ade ni student hujung minggu.... hurmm insyaallah cuti sem ni Ade datang yer....


Tuesday, February 8, 2011

PIZZA Hut

kenapa tetiba aku nak buat entry pasal pizza ni?? 1st time makan ker?? xjuga.... tapi aku suka dengan pizza baru yang sedap ni... aku xtau nama dia..ala yang pizza sempena chinese new year ni..y tengah2 berlubang tu... huhuhu aku suka sangat..dahla makan panas2kan , lembut pulak tu..cheese ada banyak keliling n kat tengah2 pun ada... masam2 n manis2 n pedas2..perghhh memang sedap..malam tadi makan, sekarang ni masih terasa lg tau... uiii dahsyatt... *guna ayat nazmi RJ lagi... tapi memang sedap.. korang tak dapat gambaran lagi ker?? nilaaaa...

dah kenal dah?? y berlubang ditengah ni laa... sedap weii... tu jer nak cakap... oh yer..nak lagi sedap kan, apa lagi makan la bersama yang lebih kurang hut platter tu juga cuma kali ni lain sikit dia lagi sedap  ok sebab ada ayam tu..aku ni memang xingt nama2 mknn tu..aku ingt nk mkn jer..


makan dengan yang ni la..ayam tu memang best ok, aku suka sos dia... baby boy pulak suka makan carrot tu dengan mayonis tu..hihihi hurmm cuma y xberapa best y belah hujung tu , dia macam roti nan hurmm bukan dia ala2 toaster twister kat KFC tu tapi sos dia masam skit so xkena dengan tekak aku, so say no for that... yang lain sedap.....

thanks to pizza hut y buat makanan y kena dengan tekak aku... hurmmm terima kasih kat Mr.Hubby yang blanja ibu, amil n baby ^_^ luv u abah....


p/s:
pic adalah ensah Dato Google sebab masa makan weols xsempat dah nak snap2 hahaah

Monday, February 7, 2011

PDNM vs ARCA

last week aku n classmate berkempen dengan parti PDNM melawan parti ARCA ...perghh macam gud2 jer kan..tapi all of us mmg gud apa.. so kempen ni untuk memenuhi kursus Komunikasi Politik *aku xingat kod kursus... so disebabkan classmate aku ni ala ala jer keratnye so dibahagikan kepada 2 kumpulan... aku rasa dah cerita kan pasal pembahagian ni ari tu so aku dah malas nak cerita lagi... di pendekkan cerita sampai juga pada hari berkempen... nak tgk aksi2 kami semasa berkempen?? sila la tengok...kalau tak suka janganla tengok....


pembukaan entry...wiwit.... aku adalah di parti PDNM kaler hijau ok...ARCA merah...

geng PDNM... Wakil DUN n Wakil PARLIMEN..

all my classmate... snap2 dulu selepas penat mengantung poster n bendera...

ehh sume dah siap menanti ketua SPRM aka Doc Muati untuk turun ,....

aku nebes sbnrnye time ni... bunga tu hihihi pemanis jer....hurmm manis ker??? suka ati laaa

l
demam poster dipihak ARCA..ehhh baru perasan ada hafiz...

demam poster di pihak PDNM...huhu Hidup PDNM....

exco PDNM.... sorg jer lelaki??? ada lg sorg sbnrnye..ntah kemana ntah..mls nk ckp..titik

exco ARCA... ada 2 mak buyung... pemanis juga tu...

kempen manager ARCA....kak Hazel

Kempen Manager , Wakil DUN , Wakil Parlimen ARCA....

ehem ehem..aku ker kempen manager utk PDNM>??? wahh hihi yes its me... aku xsedar apa y aku ckp...y pasti kantoi xprepare latarbelakang Wakil2 aku dua org tu hahahah

pasukan sorak ARCA y hijau tu Anis PDNM sedang mengagihkan goodie bags utk pasukan ARCA

Wakil Parlimen ARCA... YB Nazrul...

Wakil Parlimen PDNM .... YB Faizal..y bestnye masa abg faizal tengah berucap tetiba hujan turun selebat2nye.... ye ye jer ucapan "biar hujan turun, kami tidak akan beranjak" sekali ambekk kooo berterabur semua hahaha

wahh abgusnya YB nazrul pun tolong kemas yer...hidup YB Nazrul...

hujan lebat giler....

boleh plak samung blk ucapan kat darat hahahahaah....dahsyatttt *ayat nazmi raja lawak

anis..hihi aku suka pic sebab??? aku yang ambik ahahahahahah 

Wakil DUN ARCA...YB Ratinah

kumpulan sorak ARCA... giler gempak...yang belakang angkat tangan dua tu la presiden diorang huh!

2 mak yong ARCA... Pn. Ain n Pn Shitah.... sorang bersalin bln 4 sorang bersalin bulan 5... kalau sorang gegirl sorang boboy leh kenen2kan hihhihi

Wakil DUN PDNM...yang last sekali ...YB Fairuz.... *cantik baju tu ahaks

again..hurmm muka tu macam nebes jer kan... ^_^

Geng ARCA.... Hidup ARCA....

Geng PDNM.... Hidup PDNM = Papadom 

Classmate aku y happening....

again.... sume giler bergambar...

tunjukla kat ketua SPRM tu... Doc Muati yang bijak n kelakar..

nak lagi.....

doc dah xde..kitorg2 plak/...

dah cukup bergambar..kemas la apa lagi..kutip la poster2 y berterbangan dtiup angin n hujan tu...hahaha


pape pun kempen ni enjoy sgt..weols kan student so semuanya belajar benda baru seronok la... ni sem 7 ada lg 2 jer sem untuk tempoh bersama..pasni ntah jumpa lg ke tak..ntah diorg nak kawan lg dengan aku ke x ..hahahah giler tul... xpela yang pasti masa2 y ditempohi ni dipenuhi dengan keseronokkan dan kesungguhan... sebenarnya pic sgt banyak n aku dah muntah hijau tengok pic2 ni mmg banyak..aku malas nk upload byk2..so sikit2 jer la dulu yer... nak ending kan FH pun xbuat2 lg y hr tu kira ending jer la yer.....tata..

NUffnang Ads