Followers

Monday, March 26, 2012

Hari Ahmad Kamil Akashah

memang sangat syorga jadi kekanak ni kan... rasa aku pun nak jadi kkanak balik.. mana xnya.. sume nak layan dia... lagi2 bila ada nenek dia.. xnk dengar dah ibu dia cakap, ibu marah pun buat xtau jer sbb nenek ada backup... geram jer aku.... mentang2 abah dia xde kan... masa g alamanda tu abah dia keje so just aku, nenek n amil... suka betul dia... pastu lagi dia tambah gedik sebab sume duk usik2 dia..main2 dengan dia... amil aku ni memang gedik skit bila ada y cakap.. "comelnye dia" haaa mula la dia tersipu2..pastu nak cubit2 ibu... geram... org y main dengn dia pun kemain suka bila nampak dia tersipu2 tu... lagi nyakat ckp "hensem ni dah besar nnt" ... terus dia nak cubit2 ibu lagi... sabar jer la ibu ni... meh tengok budak ni...



dahi luas...rambut sikat tepi..very the skema...

sangat syorgaa bila kanan nenek suap aiskrim...kiri ibu suap air... dia tengah2 bw ambulance.... xyah risau bila aiskirm mleleh sbb nenek pegang tisu lap kan... ngada...

dia dah botak dah semalam... cian tengok dia macam rimas jer rambut dia y tengah tu tebal sgt... dh berapa kali g kedai tapi nangis jer last2 semalam baru berjaya botak...budak2 kan cian dia xselesa.... tapi honestly ibu lagi suka amil ada rambut..... hurmmm xpe nanti panjang balik rambut *sedapkan hati...

ok amil jadi budak y baik ye... budak bijak ibu ni... sangat banyak akal sekarang ni... dia y ajar ibu sekarang.. bukan ibu y ajar dia ABC... pastu bila ibu jwb semua betul dia cakap.. "hurmm pandaila ibu ni"... kembang jap ibu... hahahahhaha ... takat ABC tu ibu dalam tido jer blh jwb.... amil amil....
ibu sayang amil smpai bila2.... mmuah mmuah mmuah... sihat2 selalu ok syg....


CT at Alamanda

cikgu murni ajak p alamanda nak buat pendan jer hari sabtu tu.... tapi memang dah rezeki mak aku tu dah lama nak jumpa CT kan... termakbul juga... aku dah xheran dah... *giler sombong... tapi aku xnk jadi derhaka aku layankan jer la mak aku tu.. walaupun kena tunggu lama... hihihih ms ni CT tengah buat promosi untuk produk baru Simply Siti iaitu Dermagic .... macam skin care laa.. aku suka kaler dia purple... sweet sangat.. tapi aku xbeli apa pun sebab kulit aku xssuai..hari tu y aku beli tu habis kering kulit aku..  ok now xmo cite pasal produk sbb xtau sangat... kita layan pic Tok Ti yang comel lote tu jer ye...






dia memang comel n cantik tapi aku xfaham knpa baju dia nak kena ada tali pinggang tu.... xsesuai......... cikgu murni kemain suka dapat jumpa CT idaman hati tu.... oh kali ni xdpt snap pic berdua sbb xbeli barang pun... tapi mak kata puas hati dpat jumpa depan2...

ni la produk baru dia Dermagic....


okla selamat mencuba produk baru Simply Siti....


Selamat Hari Polis ke 205

ye ye jer kan... kebetulan jer malam minggu lepas ingat nak lepak dataran sekali tu ada sambutan hari polis so apa lagi layan jer la... tapi xde snap banyak sangat sebab dah malam pun n xde apa yang best sgt..cuma best tengok perbarisan jer n xde la aku nyelit2 dapat tengok depan2 pun..dah lambat smpai tengok belakang2 jer la.... tapi sangat smart... polis2 pun ramai y bawa family... n ada banyak booth based on department masing2.... jomla tengok pic...


ni kat Jab. yang musnahkan bom tu..aku pun xingt nama Jab, tu... baju y orang tu pakai utk musnahkan bom tu beratnya adalah 40kg... giler berat... aku pegang pun memang keras.... amil takut...

y ni pun amil takut nak bergambar... sume patung2 y mcm ni dia ingt hidup... tengok tu dia tengok jer...

ibu xtakut pun...

suh naik kuda ni pun dia takut.... sbr jer la...

ni kuda hidup ok... pic ni abah y ambil tapi xclear... ada 5 keping pic ibu ms ni tapi semua xclear... sbr jer la abah amil tu...

"Komuniti Sejahtera, Komitmen Kami"  slogan hari polis untuk tahun ni....

selamat hari polis untuk sesiapa yang jadi polis tu... jagala keamanan Malaysia yang memang aman ni... ^_^


Wednesday, March 21, 2012

" 2 Ogos vs 17 Mac "

kawan aku ni ada memain check kan ciri2 mengikut tarikh lahir kan.... dia buatkan aku punya tarikh lahir n mr.hubby.... hahahahaha..... mari kita tengok...

2 Ogos 1986



Anda adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan Anda sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. Perasaan Anda tidak mempengaruhi keputusan Anda.  Anda suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling Anda tetapi Anda tidak suka dipersoalkan. Anda kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. Anda gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Anda sangat suka berahsia.

Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut, orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain, terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi.  dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa, cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik , pengasih, penyayang, suka mencari kawan.


17 Mac 1982



   Anda sangat peka dan tradisional. Anda sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. Anda hanya akan bertindak   apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya Anda lakukan. Anda suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Anda mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Anda berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.

Berpersonaliti yg menarik dan menawan serta mudah didampingi. Sgt pemalu dan pemendam rasa. Sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. Sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sgt peka kepada orang lain. Sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu balas budi dan tahu kenang budi. Pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam. Kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan - angan. Suka melancong. Sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka dgn hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalalm bidang muzik. Kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik. Jgn terlalu moody.


hahahahahah xyahla nak percaya sangat... kalau ada yang sama tu pun hanyalah kebetulan sahaja....  memain boleh laa...


xperlu berkata



p/s:
alhamdulillah... amil dah boleh baca doa makan dan doa tidur sendiri ^_^

Tuesday, March 20, 2012

Siapa Lelaki Dayus?

just want to shared this good info.... mungkin boleh disampaikan kepada ahli keluarga kita.... sharing is caring..

Siapa Lelaki Dayus ?
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Jika sebelum ini saya menulis dua artikel berkenaan aurat dan wanita. Saya juga telah mendedahkan satu email yang mengandungi artikel berkenaan bahaya nafsu lelaki dan sebagai pengetahuan am buat para wanita. Walaubagaimanapun, tidak memadai info-info tersebut tanpa menyentuh satu lagi bab yang amat berkaitan dengannya.
Bab berkenaan suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka.
Sebenarnya, bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga.
Nabi SAW bersabda :-
ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي
Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih  : Ghayatul Maram, no 278 )
Dalam sebuah hadith lain pula :
 ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .
Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )
Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?

ERTI DAYUS
Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-
1)     Sabda Nabi : -
وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله
Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-
قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله
Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya) 

Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus
Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-
هو الذي لا يغار على أهله
Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)
Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )
Berkata pula An-Nuhas :
قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم
Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)
Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :
فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره
Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya"  ( Faidhul Qadir, 3/327 )
Imam Az-Zahabi pula berkata :-
فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه
Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )
Imam Ibn Qayyim pula berkata :-
قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة
Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.

Dayus adalah dosa besar
Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :
لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)
Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )
Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.
Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :
والقواد عند العامة السمسار في الزنى
Ertinya : Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 )
Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-
الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة
Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )

Cemburu Dituntut Islam  & Jangan Marah
Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri.
Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.
Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.
Nabi SAW bersabda :
من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة 
Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )
Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda kepada saya menyebut tentang keterlanjuran mereka secara 'ringan' dan 'berat', mereka ingin mengetahui cara bertawbat.

'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin 
Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak  dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.
Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!
Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.
Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua.  Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.
"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"
Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.
Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.
Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi
قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.
Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji  yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.
BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
17 Julai 2007
p/s : Diizinkan pembaca menyebarkan tulisan ini sejauh mana yang mungkin demi manfaat para lelaki yang berhasrat menjadi penghuni Syurga.



copy dari: zaharuddin

sweet couple

tadi tengah bw tetiba terjumpa pic ni kat blog BEN ASHAARI ...aku xtau sape tu... tapi suka sangat tengok pic ni... jelas terserlah mereka sedang berbahagia...... pic ni kat universal studio singapore....  hurrmmmm xsbr nak berjimpa2 kat universal studio lagi next month ^_^ *tetiba....



doakan kebahagian fazura... hope cepat2 naik pelamin... ^_^

Monday, March 19, 2012

VItamin

lately ni amil agak kerap selsema maybe disebabkan faktor cuaca jadi abah amil telah membelikan amil vitamin... Scott's Emultion flavour Oren.... yummy... sangat sedap untuk amil... n amil pun makan dengan senang hati nya.... alhamdulillah amil adalah jenis yang senang makan ubat.... so scott's emultion yang sedap ni lagi la senang dia nak makan.... aku rasa pun memang sedap....

pengambilan scott's emultion ini dapat membantu membina ketahanan terhadap jangkitan dan dapat  menolong pertumbuhan gigi dan tulang yang kuat.... wahhhhh harap2 ianya sesuai dengan amad amil akashah ibu tu sebab sebelum ni dah cuba macam2 juga termasuk Appeton....


ni beli yang kecik dulu sebab takut amil xsuka...tapi nasib baik dia suka... dh habis ni boleh beli yang besar pulak....



haaaaaaaaa amil ada vitamin dah.... ibu nak juga hihihhihihi ibu kan mudah terpengaruh jadi ibu dah beli Jamu Mak Dara.... auuuuwwww... pasni ibu ramping macam pengasas Jamu Mak Dara ni laaaa.... hihihih xde maknanya.... saje try tp memang best pun... bangun pagi badan ringan jer... sebenarnya aku xpenah ambil jamu pun... so ni yang 1st n aku rasa ok jer la kan... hiihiihi



aku masih boleh telan yang ni sebab dalam bentul kapsul.... tapi bila dah telan tu masih terasa2 juga lagi kat tekak... hihih boleh laaa.... cuma aku confius... jamu ni boleh halang kita dari pregnant ker??? risau juga sbb aku nak mengandung ^_^  sesiapa nak share pasal ni?? sila komen *ada ker org baca blog aku ni???

oklaaa.... thanks ...


Dragon vs Asas

Dragon tu adalah team DBKL dan Asas tu aku xsure team mana ..... semalam mr,hubby bawa p tengok game ragbi kat TUDM Sg Besi... wahhhh aku suka... tapi game ni ganas sangatla n diorg siap nak gegaduh bagai eeee takut badan player ragbi ni besar2 siap ada player import lagi org Fiji... tapi bestlaaaa ragbi.... tgh2 main tu tetiba ada sorg player lari keluar n pegang bahu dia... takut aku tengok ..terus ambik ais n letak dalam baju dia...cian nyeee..... tapi bestla team Dragon menang.....


welcome Komplek Lembaga Sukan TUDM ^_^ 1st time masuk TUDM...

amil n mr.hubby..... asyik peluk abah dia jer.. macam dia sorang ada abah....

Dragon vs Asas ....

Dragon.........


game ragbi best walaupun lebih ganas dari bola sepak......nanti nak p tengok lagi ye abah ^)

17 Mac 2012 ^_^

Happy birthday to u.....
Happy birthday to u....
Happy birthday to u dear hubby...
Happy birthday to u......

tahun ni mr hubby dan cecah angka 3.... wahhh dah tua hihihih... sabtu lepas 17/3 adalah birthday mr.hubby yang dikasihi... yang di cintai..... kali ni weols xkemana sebab ada hal lain so celebrate dirumah sahaja n just three of us sahaja n ianya sangat sweet sebab ianya adalah surpriseeeeeeeeeee....... jumaat malam sabtu tu mr.hubby keje n balik pkul 9.00 malam... before2 tu aku xde sembang langsung pasal birthday dia on saturday tu... buat xtau jer.... tapi sebenarnya aku dah prepare cake utk dia... cuma memang banyak dugaan on that day aku xsihat n sakit kepala yang amat sangat.... niat dan planning sangat banyak nak dimasak even bahan2 pun dah beli tapi aku betul2 xlarat... so just cake n before dia balik rumah aku ada call n minta dia beli sate which is feveret food mr.hubby.... n say sorry sebab xlarat nak masak malam tu...alhamdulillah dia memahami... love u abg.........


bila dia mesej n kata dah kat kedai sate *dekat jer dengan rumah... baru aku ready keluarkan kek n susun coklat bagai letak kat meja.... tu pun aku xblh pegi jauh dari meja kek sebab ada budak kecik tu nak terkam kek..... amil siap dah usik kek tu n jerit abah abah sebab ada pic abah dia atas kek....... n bila mr.hubby dah sampai jer aku buka kan pintu n ambil helmet dia... n ...... dia masuk dalam n....... dia terkejut tengok ada kek.... n aku pun wish laaa happy birthday..... korang nak tau dia cakap apa???? "ehhh birthday abg kan esok"....... eeeeeeeeeee geram jer..... aku suka sambut dimalam birthday.....n sweet kan.... hadiah????? adalah ... xperlula cerita disini kang banyak pulak statement yang keluar dari org tu...... biasa jer... jom tengok kek birthday boy...





kek ini dibeli dari ira.... dah lama dah aku jadi regular customer dengan ira ni sebab kek dia sedap....... selalu tu aku akan amek choc moist flavour kek tu n itu jer y jadi feveret.... sial visit ira di sini cake




choc kisses...feveret mr.hubby...


satay jer but less is more actually....... tapi sweet ^_^


birthday boy n budak yang xsabar nak potong kek .....


again.... amil asyik nak potong jer... 

happy sangat ...

sabtu n ahad habiskan masa bersama keluarga.... sabtu pagi aku masakkan mihun hari jadi untuk birthday boy.... pada aku kalau tiap kali birthday kena ada mihun ni.... mihun ni sbnrnya sama jer mihun goreng biasa tapi aku yang panggil mihun hari jadi sebab masa kecik2 dulu kalau pegi party hari jadi kan mesti ada mihun grg.... hihihihhihih..... so ni la mihun hari jadi untuk mr.hubby..... dengan ucapan love u so much so much ^_^




aku doakan... suami ku itu dimurahkan rezeki...dipanjangkan umur...dikurniakan kesihatan yang baik..... aku doa juga agar kasih sayang antara kami akan berkekalan hingga ke akhir hayat....... xsbr nk g honeymoon ^_^...mood gedik !!!!


okla terima kasih n happy birthday abah amil..... sarage...


Tuesday, March 13, 2012

Pengantin Gunung Semanggol, Perak

aku ke Perak lagi untuk majlis kahwin.... tapi bukan kawan aku yang kawin tapi adik opismate aku... tapi sebab nak berjalan kan...pegi la juga... tapi aku xpegi dgn mr.hubby n amil sebab pagi ahad tu mr.hubby kena keje so amil duk umah nek ton kat KL n petang pulak dua beranak tu p tengok game ragbi kat Padang TUDM Sg,Besi... so ibu jadi orang bujang jap... hihihih kitorg p bertiga jer naik kete kak indah.... best juga travel macam tu..happening jer....kecoh jer dalam kete....n kali ni xdela sesat barat macam p kenduri umah kawan aku hari tu... kali ni perjalanan lancar jer... alhamdulillah.... seronok sekali...moh tengok pic...


aku n ibu.....a.k.a kak teh...

kak indah n aku....

again.... bergambar kat R&R mana ntah aku lupa nama dia yang pasti selepas Tapah...

sama laa ni... kat R&R...

yeaaaahhhhhh dah sampai... aku terus jatuh cinta dengan tali air tu... bersih n kemas jer... ntahla aku suka sangat..mungkin sebab aku xpenah jumpa kot hihihihhihi.... cantik sangat suasana kat sana....

haaaaa ni la kakak pengantin merangkap opismate aku... kak shima... ^_^

eh eh eh.... ^_^

kak indah n ibu... kebetulan pulak diorang sama merah.....

kak shima n ibu....

pengantinnyaaaa..... pegang pedanng panjang ok... org2 penjara ni... pegawai penjara kot kalau xsilap la.... pengantin pompuan orang perlis... sabtu kenduri belah pompuan, ahad kenduri belah lelaki.... aduyaiii penat tu.... tapi still senyum ok...


-



-




-





dah la tu... pastu sattle semua weols pun gerak balik... smpai rumah pukul 8.30 malam... kak teh n kak indah ajak lepak makan mihun sup tapi mak dah xsabar nak jumpa baby mak kat umah... so melepas mihun sup tu.... huhhhhuuhuh.... sepanjang perjalanan rasa rindu jer kat baby ibu amad amil tu... terbayang2 jer muka dia...... yela yela....rindu abah amil juga ^_^ oklaaaaaa terima kasih pada orang Gunung Semanggol sudi jemput.... last but not least....

bye bye semua.....^_^





p/s: sape lagi nak kawin........sila jemput... ^_^

NUffnang Ads