Followers

Wednesday, January 30, 2013

Air Selusuh buatan Suami...

terjumpa pulak org shared 1 blog ni tentang air selusuh buatan suami y lebih afdal.... so jom kita panjangkn perkongsian disini....


Boleh start minum 30 minggu ke atas 2 kali sehari. (Bergantung kepada individu bila waktu terbaik utk minum). 
aku copy, paste & share jela dari blog Suami buatkan Air selusuh untuk isteri ye cara-cara penyediakan air selusuh untuk memudahkan bersalin melalui bacaan-bacaan al-quran. Caranya macam nak buat air yasin mengaji depan air.

Penyediaan air selusuh

1. Al-Fatihah
*bacaan bertajwid {link}


(1) Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(2) Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam
(3) Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
(4) Yang menguasai hari pembalasan
(5) Hanya kepada engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
(6) Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
(7) (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.


2. Selawat Syifa
*bacaan bertajwid {link}


Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad SAW yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan juga memberikan kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan ke atas keluarga dan sahabat baginda.


3. Al-Hashr; ayat 21-24.




(21) Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia agar mereka berfikir.
(22) Dialah Allah, tiada ada Tuhan selain Dia. Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
(23) Dialah Allah, tiada ada Tuhan selain Dia, Maha Raja yang Maha Suci, yang Maha Sejahtera, yang menjaga keamanan, pemelihara keselamatan, yang Maha Perkasa, yang Maha Kuasa. Yang Memiliki segala keagungan. Maha suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.
(24) Dialah Allah yang Menciptakan, yang mengadakan, yang membentuk rupa, Dia memiliki nama-nama yang indah. Apa yangdi langit dan di bumi bertasbih kepada-Nya. Dan Dialah yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana.

4. Ayat selusuh


Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin bagi isteriku, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.


5. Al-Insyiqaq; ayat 4-5


(4) dan memuntahkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong
(5) dan patuh kepada Tuhannya, dan sudah semestinya patuh.


6. An-Nazi'at; ayat 46.


Pada hari ketika mereka melihat hari kiamat itu (kerana suasananya hebat), mereka merasa seakan-akan hanya (sebentar saja) tinggal (di dunia) pada waktu petang atau pagi hari.


7. Ayat selusuh

Ya Allah, dengan hak Maryam, juga hak hamba yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (NAMA ISTERI) penderitaan bersalin bagi isteriku, dengan rahmatmu wahai Tuhan yang amat mengasihani dari segala-galanya.


8. Ayat permudah

Ya Allah, permudahkanlah dan jangan kau sukarkan isteriku kerana engkaulah yang maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagimu, ya Allah, sempurnakanlah dengan kebaikan, dengan rahmatmu, ya arhamarrahimin.

Sharing is sexy!

#Jadi, suami-suami yang gentleman di luar sana boleh la sediakan air selusuh untuk isteri tercinta. Semoga Allah permudahkan semuanya. Kita hanya ikhtiar & berusaha, yang lain berserah pada Di Atas. : ) 


Pesanan dari Prof Muhaya : Setiap hari tanya suami berapa markah untuk hari itu. 11 per 10 atau 1 per 10? 
-Sama-sama kite berusaha utk menjadi isteri yang lebih baik setiap hari..



36 minggu

sedih sangat tengok blog aku ni..sejak dan nunggu2 hari jer ni memang xde mood langsung nak bercerita... semalam aku p checkup.. dah 36 minggu dah..m doc cakap semua dah ok tinggal tunggu baby keluar jer n doc cakap kemungkinan awal dari jangkaan.... what???? huhuhuh terus risau.. aku macam xberapa ready lagi tambah pulak rasa macam barang baby belum completed jer....doc tu dengan confidentnye cakap minggu depan boleh bersalin.. aduiiii... doc ni buat aku sejuk2 jer dgr hihihihi... xpela kalau baby dah nak keluar aku ready jer..push jer laa hihhihi.... 
doakan aku kuat ye... macam mak aku cakap push jer kuat2 jangan berhenti...hhiihihii semalam jer checkup berat baby dah 2.7kg... aduiiii kamil dulu dah keluar berat 2.8kg..ni belum keluar dah 2.7kg..huhuhu sepanjang mengandung berat aku naik 5 kg jer... alhamdulillah... memang ramai y tegur badan xnaik la perut xbesar laa... tapi aku rasa besar jer... sekarang ni aku tengah risau sebab susu badan xberapa nak ada laa... harap dgn bantuan vitamin dan ubat2an akan menambah susu aku kelak...harap2 ada rezeki untuk baby....
dahlaa aku penatla sekarang ni nak menaip lelama.... doa y terbaik ye utk aku n baby.... andai ini post terakhir aku sebelum bersalin..aku mohon maaf terkasar bahasa pada sesiapa y terasa dengan aku.. semoga kita semua beroleh keberkatan dari yang Maha Esa....

Monday, January 21, 2013

5 adab, kaedah sambut kelahiran bayi dalam Islam

Disebabkan sekarang ni tengah mood menghitung hari... jadinya banyakla membaca mencari ilmu2 sebegini... kita ni kan manusia biasa yang selalu jer terlupa adab2 y sepatutnya kita amalkan masa menyambut bayi...tapi selalu tu main redah jer sebab apa?? nervous...... hihihhihi jom baca tambah ilmu....


Allah SWT berfirman dalam surah as-Syura ayat 49 dan 50: “Bagi Allah jualah milik segala yang ada di langit dan di bumi. Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dia mengurniakan anak perempuan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya, anak-anak lelaki dan perempuan dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendaki-Nya mandul.”
Alhamdulillah, bersyukurlah kepada Allah SWT kerana dikurniakan anak. Dalam Islam ada adab-adab yang perlu diikuti agar dinilai sebagai suatu ibadat. Sebagai contoh, adab menyambut kelahiran, antaranya;
Hendaklah orang yang mengetahui saudaranya yang baru menerima cahaya mata untuk menunjukkan rasa gembira dengan kelahiran anak dengan ucapan tahniah.
Ucapan yang terbaik adalah seperti disebut oleh Ulama’ iaitu: “Burika laka fil Mauhub, wasyakartal Wahiba, wabalagha rushdahu waruziqta birrahu (Moga diberkati untukmu pada kurnia-Nya dan hendaklah engkau bersyukur kepada Pengurnia (Allah) dan moga anak itu mencapai umur dewasa dan engkau memperoleh kebaktiannya).”
Apabila anak itu lahir, maka hendaklah diazankan pada telinga kanan bayi dan diiqamatkan pada telinga kirinya seperti hadis diriwayatkan al-Baihaqi dalam kitab asy-Syu’ab daripada hadis Hasan bin Ali RA daripada Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang dianugerahkan seorang bayi, lalu dia mengumandangkan azan di telinga kanannya dan iqamat di telinga kirinya, maka bayi itu akan dijauhkan daripada Ummu Syibyan.” Menurut sebahagian ulama, Ummu Syibyan adalah jin perempuan. Ada yang mengatakan apa saja yang menakutkan anak dan ada yang mengatakan angin yang menyebabkan sakit.
Hendaklah ditahnikkan bayi itu.
Tahnik bermaksud mengambil sedikit kurma pada jari telunjuk lalu dimasukkan pada mulut bayi lalu digerakkan perlahan-lahan ke kanan dan ke kiri agar menyentuh seluruh mulut bayi. Seterusnya manisan itu akan masuk ke rongga tekak dan tahnik ini dilakukan supaya memudahkan bayi ketika menyusu. Sebaik-baiknya orang yang mentahnik bayi adalah orang yang salih supaya bayi berkenaan memperoleh keberkatan. Menurut hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Musa RA: “Saya dikurniakan seorang anak lelaki. Lalu saya membawanya kepada Nabi SAW. Baginda SAW memberikan namanya Ibrahim dan mentahniknya dengan kurma.” (Imam al-Bukhari menambahkan: Rasulullah mendoakan agar diberi berkat dan dipulangkan bayi itu kepadaku).
Mencukur rambut bayi.
Ibnu Ishaq menyebutkan sebuah hadis riwayat al-Baihaqi daripada Abi Rafi’ Maula Rasulullah SAW bahawa ketika Hasan bin Ali lahir, ibunya Fatimah ingin mengakikahkannya dengan dua ekor kambing. Lalu Rasululullah SAW bersabda: “Jangan kamu mengakikahkannya tetapi cukurlah rambutnya kemudian sedekahlah dengan perak seberat timbangan rambutnya di jalan Allah atau berikan kepada orang musafir.” Kemudian (tahun berikutnya) apabila lahirnya Husain selepas itu, Fatimah melakukan seperti itu juga. Imam al-Baihaqi berkata: “Jika hadis ini sahih, agaknya Rasulullah SAW mahu mengakikah sendiri cucu Baginda seperti yang kami riwayatkan.”
Melakukan akikah iaitu anak lelaki dua ekor kambing dan anak perempuan seekor kambing.
Seperti disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Ahmad daripada Aisyah RHA, beliau berkata: “Rasulullah menyuruh kami supaya mengakikahkan anak perempuan dengan seekor kambing dan anak lelaki, dua ekor kambing.” Demikianlah, wallahua’lam.

renung-renungkan dan selamat beramal......


Thursday, January 17, 2013

Cara Tadah Tangan ketika Berdoa

saja nak share benda ni..korang mesti dh tau kan? so pada2 y belum tau la....




Doa adalah senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.
Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan Allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Yang Maha Esa.
Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT sebenarnya, termasuk 99 nama Allah.
Menurut Ustaz Abdullah Mahmud ;
Kalau perhatikan betul-betul, kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan.
“Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi huruf ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak kan di hati kita. Kedudukan titik ‘ba’ lebih rendah dari tangan yang kita tadah.”
Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran, Allah perintahkan satu malaikat menjaganya. Malaikat yang menjaga huruf ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail‘.
Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.”
Berikut ini adalah kaedah atau cara menadah tangan dan berdoa dengan betul ;
1. Angkat tangan ke paras dada
2. Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan mengenai satu sama lain
3. Apabila tapak tangan dirapatkan, urat atau garisan di tapak tangan akan bertemu dan menjadi melengkung berbentuk seperti huruf ‘ba’
4. Titik bagi huruf ‘ba’ tu letakkan di hati. Kedudukan titik itu lebih rendah dari tangan yang kita tadah.
5. Duduklah dalam keadaan yang penuh sopan. Cara duduk yang terbaik ialah duduk iftirash (duduk seperti duduk antara 2 sujud) atau duduk seperti dalam tahiyyat akhir. Jika berdiri, tegakkan badan betul-betul. Jangan bersandar seperti orang malas!
6. Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran Allah dan menyebut nama-nama Allah yang lain, bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Contohnya, jika berdoa mohon dipermurahkan rezeki, sebutlah nama Allah (ar-Rozzaq).
7. Doa diakhiri dengan puji-pujian pada Allah dan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
8. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh dari hati kita. Gunalah bahasa yang mudah difahami kerana Allah Maha Pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus dari hambaNya. Walau dalam bahasa apa kita cakap, Allah pasti faham. Namun, kalau dapat berdoa dengan doa-doa yang diajarkan oleh Nabi SAW (dalam bahasa Arab), itulah yang terbaik.
9. Ajarkanlah adab berdoa ini kepada seluruh ahli keluarga anda sejak dari usia kecil. InsyaAllah ini akan dapat membentuk peribadi baik anak-anak menjadi menjalani kehidupan.



sumber: cara tadah tangan ketika berdoa

Monday, January 14, 2013

Pengembangan ke Perkembangan???

ok dah masuk minggu 34 kandungan ni mula la semua bentuk mengembang dengan jayanya... lupa nak cakap last week checkup hari tu berat aku naik 2 kg jer.. tu jer la kenaikan setakat ni... berat baby dah naik 2.2kg.. alhamdulillah... xpela berat ibu xnaik sangat janji baby sihat... oleh sebab berat dah naik 2 kg maka berlakulah pengembangan di merata2... terutamanya kaki aku dan pp dan semakin embam.... makanya... kenala beli kasut baru kan? hihihih senyum jahat... tapi aku xdela beli kasut pun beli sandle jer sbb nnt kalau dia dah mula bengkak xdela sakit sangat kan... tapi aku xsnap pulak pic kasut ni tadi alaaa malasla nak snap2 then trnsfer2 ni...alaaa lagi pun sandle Bata jer biasa2 jer... 



pas dah beli apa y nak tu... awal lagi so tergedik2 ajak mr.hubby p tengok wayang... dsbbkan bawa kamil sm y tgh tido so kena la ambik couple seat... selesa sikitkan... lagi pun sebelah seat aku tu xde orang so mmg terbaikla kamil baring disitu sambil ibu n abah leting2 tgk wayang.... aku ajak tgk minyak dagu tapi mr.hubby said no no no... so aku pilih Parental Guidance (PG)... wahhhh begitu keibu bapaan kan... tapi cerita ni bagus  juga  dia buka minda kita how to tackle our child... n perangai anak2 ni bukan semuanya sama so kena pandai la nak tackle diorang tu... dia bukan ajar step by step pun tapi tersiratnya pandai2la korang grab.. aku suka sbb cerita tu lawak bila atuk n nenek try to get together dgn their cucu... mcm mana ibu n ayah dia handle anak2 dia sampai xsempat nak bercakap antara suami isteri... hurmm memang bagusla aku terpilih cerita tu atleast dpt juga buka mata aku n mr.hubby sedikit sebanyak mcm mana nak handle kamil y semakin menakal sekarang ni... penat tau.. then pas kuar jer dari Mines weols p makan n biasala kamil dah bangun dia mula la melasak sikit kat tempat makan tu... then aku cool kn mr.hubby, dgn cerita balik apa y kitorg tgk tadi... atleast kamil tidakla selasak Barker anak bongsu dalam cerita PG tadi... 

kadang2 bila fikir balik memang pun... bukan senang nak jadi parents yang perfect dalam segala hal...kadang2 kita pun hilang sabar dalam nak mendidik anak2.. cuma aku selalu perhatikan kalau dua2 anatar kita pun hot n xsabar dgn anak sampai bila pun anak tadi xkan berubah n kemarahan tu akan berpanjangan..so if aku tengok mr.hubby dah hot aku akan jadi salji y menyejukkan keadaan... n aku perasan mr,hubby pun akan buat benda y sama kalau dia tengok aku dah nak bertukar jadi puting beliung...hihihih mungkin itula gunanya suami isteri saling menutup kelemahan masing2....hurmmm mak aku cakap kamil jadi semakin nakal lately ni sbb dia tau dia akan ada persaingan xlama lagi, sbb tu sekrang dia tgh nak dapatkan perhatian dari aku n mr.hubby secukupnya... in sha Allah aku akan cuba y terbaik dalam mberi perhatian pada anak2 nnt... xkan ada istilah pilih kasih ke apa ke... sama rata jer semuanya....in sha Allah.... okla penatla menaip panjang2... nnt sembang lagi yer... Monday Blues...


Wednesday, January 9, 2013

....Selesai.....

yee selesai Sem 1 utk Master Komunikasi KOrporat.... tapi .... exam semalam sangat ralat n frust... sbb???
sebab macam ni cerita nya....

masa kelas terakhir hari tu prof dan bagi tips n discuss apa y masuk final exam... dia bagi weols 3 soalan y masuk final exam, ms discuss tu dia macam fokus dekat 1 soalan ni tau...so aku n geng dah confident yakin y soalan tu y keluar... so disebabkan exam adalah open book aku n the geng dah cari artikel y tu jer laa... dah confident dgn sepenuh hati dah ni... memang itu jer yang aku cari bahan.... sekali tu... exam semalam yang keluar adalah yang 2 daripada 3 soalan y dibincangkn tu... weols langsung xready y lain2 tu... korang bygkn dalam masa 1 1/2 jam tu baru nak cari bahan n susun ayat dan jawapan y diperlukan adalah 8 page n mesti ada citation... memang giler... dari bongkok , tegak, bersila, melunjur, dan berbotol2 air mineral diteguk... ngam2 prof announce masa tamat aku pun tgh tulis reference yang terakhir.... Ya Allah... tuhan jer la yang bantu aku n geng y tlalu confident soalan lain y keluar.. jadikan pengajaran juga... jangan pepandai nak buat anggapan sendiri tentang soalan y bakal keluar... akibatnya.... naya jer.... merah muka masing2 jawab exam... padan muka...

ok now... aku nak selesaikn keje2 kat opis ni sebelum aku cuti bersalin... aku dah xbsr nak berehat...nak bercuti dari fikir benda bukan2.... xsabar nak tengok baby... ^_^ nama baby dah ready ^_^

Monday, January 7, 2013

Last Paper Final Exam 1st Sem.


              esok aku ada 1 lagi paper untuk sem ni... doakan aku yer... aku kan sepanjang belajar xpenah masuk y open book exam, last week 1 paper y aku ambik tu lecturer buat open book...perghhhh hebat... semua dengan laptop, ipad, segala jenis mok nenek buku bawa masuk kelas.. terbaik... aku ni xterfikir pun boleh buka laptop n google kan... so baik sangat datang dengan bawa artikel yang related jer la... tapi nasib pakai note kan so boleh la google n xdela terrabun2 nak membaca..hihihhihii best rupanya open book ni xde la stress nak menghafal sangat... n esok last paper untuk sem ni pun open book... so aku dah ready dah dengan segala artikel bagai... hope dapat memudahkan aku sebab kalau nak google time exam tu sebenarnya xsempat... so better cari siap2 n salin jer y berkenaan... tapi bukan boleh copy bulat2 pun still kena olah dengan ayat ko sendiri... tapi esok kena jawab omputeh ... so aku dah ready juga dengan degala grammar y betul... harap2 dpermudahkan... 
                 pas exam esok aku akan clearkan keje2 ttunggak sebelum bercuti panjang... yeahaaaa... xsbr sebenarnya nak cuti n belek anak.... penat sangat sepanjang ngandung kali ni... banyak sangat cabaran yang di tempuh... xpe semua ni buat aku lebih kuat... just imagine seorang ibu hamil y bekerja, dan belajar, sbg anak lagi..isteri, ibu... semua aku pikul sendiri... ditambah dengan dugaan dan ujian dari Yang Maha Esa.... semuanya mematangkan aku ... aku redha... in sha Allah semua akan berakhir xlama lagi.. doakan jer yang terbaik untuk aku yer... cuma aku masih xfaham kenapa orang nak dengki dengan hidup aku... aku xkacau hidup orang pun.. hurmmm xpela semua dugaan ini harap2 dapat menggugurkan dosa aku y lepas2.... kepada si pengganggu aku harap ko diberi hidayah dan insaf akan perbuatan ko yang sesat tu... nikmat hidup hnya sementara cepat2 bertaubat sebelum dijemput pulang oleh yang Maha Esa.... Allah Maha Mengetahui segalanya.....

xpela...doakan yang terbaik yer.. terima kasih sangat pada korang y sudi doakan aku yer... Allah jer yang dapat membalas  segalanya.....


Wednesday, January 2, 2013

Entry Pertama

firstly nak ucap lagi sekali Selamat Tahun Baru..... 

entry kali ni xde nak cerita apa pun.. cuma aku nak doa yang terbaik utk tahun ni... hari ni banyak orang still cuti sbb register anak sekolah...Kamil masih di sekolah dia yang xperlukan ibu untuk cuti register dia hihihhi... Next year in sha Allah baru hntr dia kindergarden.... 

entry kali ni nak cerita pasal kalendar tahun baru y baru dapat ni haa... aku suka pulak kaler biru dia ni... cantekk sangat...last year hijau pucuk pisang... ni biru ni pulak... tapi kali ni lagi cantik n sempoi kot... ok laa diari ni mmg banyak gunanya.. mcm2 planning dah boleh tulis dah... plan dari sekarang ok... Mulakan tahun baru ni dengan semangat baru..senyum..kuatkn hati.. yakin dan percayalah Allah ada bersama kita.....
again... Selamat Tahun Baru.... 2013 jangan nakal dgn aku ok!!!



NUffnang Ads