Followers

Friday, November 8, 2013

5 Tahun sudah


Alhamdulillah syukur, usia 5 tahun ini masih terlalu awal untuk sesebuah perkahwinan, kami masih berusaha untuk stabilkan segalanya, bak kata org dolu2, baru nak hidup... ye...mmg baru nak hidup, segala ujian dan dugaan harungi bersama..cuba menjadi insan terbaik dan saling melengkap antara satu sama lain... biar org luar tgk hidup kita tersenyum riang, hakikat tak perlu dicerita semua..mak selalu pesan, jgn membuka pekung didada, simpan sendiri bila dah berkeluarga..kerana tak semua orang di luar itu niatnya sempurna, kelak menepuk tangan sahaja..... ye..banyak pesan mak yang aku ingt...... makan atau x, cukup atau x, simpan dalam rumah sendiri jer, jgn bawa keluar... ye..alhamdulillah..pesan mak masih terngiang ngiang di telinga...

Alhamdulillah syukur, usia 5 tahun perkahwinan ini kami dikurniakan sepasang cahaya mata, penyeri rumah kala suram, menawar kala duka.... segala yang terindah hadiah dari Ilahi, syukur dengan kurniannMu Ya Allah... namun aku masih belajar menjadi ibu yang sempurna, bila melihat kehidupan penuh pancarabora kala ini, menyedarkan aku untuk terus memberi yang terbaik untuk anak2 aku, bekalan untuk mereka kala aku telah tiada...kadang2 terjerit jerit juga mara kn anak, aku sedar ianya salah..namun aku masih belajar menjadi ibu y sempurna.. Ya Allah berilah aku kekuatan untuk mendidik dan membesarkan anak2 aku, izinkan nafas ini bertahan hingga saat anak2 ku mampu berdikari sendiri...izinkan aku terus memberikan yang terbaik untuk anak2 aku..masa depan mereka..izinkan aku menjadi ibu yang sentiasa berlaku adil pada anak2 ku, mohon dijauhkan rasa pilih kasih antara anak2aku.. izinkan aku menjadi ibu yang terbaik utk mereka, Ya Allah.. murahkan rezeki anak2 aku.. jadikan mereka insan yang berguna, insan yang beriman, insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Alhamdulillah syukur, usia 5 tahun perkahwinan ini berjaya ditempohi dengan kecekalan di hati, segala yang diuji menjadi pengukuh kasih dihati..segalan dugaan dan kesilapan diambil dari sudut positif untuk pembaikan diri, terus menjadi pasangan yang melengkapi...sakit pening bersama, jatuh bangun sentiasa ada, xtido malam memikirkan masalah yang mendatang... semua itu menjadi pendorong untuk terus bekerja keras memberi yang terbaik untuk keluarga yang semakin berkembang. anak2 menjadi keutamaan... Ya Allah kurniakn kesihatan tubuh badan akal fikiran buat kami suami isteri agar cekal menghadapi liku2 hidup ini bersama, menghadapi susah senang ini bersama...izinkan kami suami isteri bersama hingga ke syurga Mu Ya Allah.. izinkan kasih sayang ini abadi bersama..jauhkan segala perkara yang tidak baik utnk masa depan keluarga kami Ya Allah...jauhkan segala rasa curiga salah sangka dari hati kami Ya Allah.. izinkan semuanya berjalan lancar..dipermudahkan dunia dan akhirat..

terima kasih YA Allah atas segala kurniaanMu...

buat kamu suamiku ... semoga cinta dan kasih sayang ini kekal hingga ke akhirnya............ 







selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 5 utk kita mr.hubby.... luv u ^_^

1 comment:

  1. Happy 5th anniversary Feeza. =)

    Eh eh arin mcm dah gomok sikit lah. Haha.

    ReplyDelete

NUffnang Ads