pepagi air mata dah meleleh baca cerita pasal yang 3 budak lemas tu, yang sorg belum jumpa tu nama dia Sakinah,sama dengan nama anak buah aku... sedihnye rasa... dah la mak dia tu dah divorce dgn husband dia... ni anak pulak 3 meninggal.... Ya Allah besar sungguh ujian yang Kau berikan pada wanita itu.... semoga dia tabah dalam menghadapi ujianMu ini Ya Allah... Temukanlan jenazah anak mangsa yang ketiga iaitu adik Sakinah agar jenazahnya dapat dikebumikan dengan sempurna.... kuatkan hati ibunya Ya Allah... aku juga ada anak dan kehilangan ketiga orang anak sekali gus itu sangat hebat dugaan nya.... Semoga roh adik2 yang cantik dan tidak berdosa itu ditempatkan digolongan orang yang beriman.... untuk ibunya...sabar la ye... anak2mu pasti menantikan mu di syurga kelak.. insyaallah.... banyakkan berdoa n beristifar.... semoga jenazah Sakinah di temui dalam kadar segera.... sedekahkan lah Al-Fatihah untuk 3 beradik yang cantik itu.... Al-Fatihah....
Nur Syaza Alisa (kanan), Nor Shaza Azira (kiri) dan Nur Syaza Sakinah (tengah) tidur bersama sebelum kejadian
air mata berjujuran di pipi ibu mangsa, Wan Azleela Wan Abdullah, 33 tahun sewaktu majlis membaca doa selamat
Syed dilaporkan berpisah dengan ibu mangsa, kelihatan sugul di sepanjang majlis berlangsung...
Dalam majlis sama, bapa saudara mangsa, Wan Adnan Wan Abdullah, 38 tahun, kelihatan sebak, tidak berupaya mengawal emosinya
pic yang last ni yang buat aku sebak......
ibu mangsa turut berkongsi cerita bersama Hazlin (wartawam 999).
"Masa turun bersama mencari mangsa, emak dia terjumpa kain telekung di tepi sungai, dia angkat, kemudian letak di tebing. Seorang daripada anak dia, dijumpai di tempat sama. emak mangsa kemudian cakap, dia berasa pelik sangat apabila ada ahli keluarga terjumpa semula telekung sama di tempat asal," ujar Hazlin.
Saya dimaklumkan, usaha mencari mangsa turut dibantu ramai pengamal perubatan Islam namun sehingga jam 11 malam tadi, mangsa terakhir masih belum ditemui.
Pelbagai cerita saya dengar selama kira-kira 6 jam berada di sekitar lokasi kejadian. Barangkali penduduk Kuala Pilah lebih arif berhubung dakwaan kawasan terbabit 'keras'
p/s:
pic diambil dari Blog Mazidul (999)
No comments:
Post a Comment