Followers

Friday, August 2, 2013

Syukur dan Terima Kasih Ya Allah... ( ulangtahun )


Alhamdulillah dipagi yang cerah dan redup ini aku masih bernafas, masih sihat, alhamdulillah... di hari bai bulan baik ini aku menyambut ulangtahun kelahiran aku yang ke 27 tahun... syukur alhamdulillah.. aku bersyukur dengan segala yang aku ada hari ni, segala kurniaan ilahi, aku sangat menghargai... kali ni aku meraikan dengan keluarga sebab bualn puasa kan... alhamdulillah hadiah awal dari mr.hubby dan malam tadi dia balik dari kerja dihadiahkan aku sepasang telekung dengan hiasan lace yang berwarna pink, sebak dada tengok..alhamdulillah terima kasih suami kerana setia disisi bersama suka dan duka, memahami saat aku bekerja lebih masa dan tatkala menghadiri kuliah yang terkadang hingga lewat malam...terima kasih Ya Allah kerana menghadiahkan ku insan2 yang menyayangi ku..suami, keluarga, adik beradik , anak2, rakan2 seperjuangan dan semua yang terindah untuk ku...kerana aku yakin segala yang baik hanya dari Mu Allah....

turut sama berkongsi tarikh lahir ini adalah anak sulung aku Ahmad Kamil Akashah yang genab 4 tahun... yang lahir pada 2 Ogos 2009 pukul 10.45 pagi...sedangkan aku lahir       2 Ogos 1986 pukul 1.10 pagi.... syukur ada hikmah disebalik setiap yang terjadi... aku menganggap ianya istimewa kerana tidak semua dapat merasa berkongsi tarikh lahir bersama anak tercinta...Alhamdulillah... untuk Ahmad Kamil, ibu hanya mampu berusaha apa yang terdaya untuk memberikan yang terbaik untuk masa depan anak2 ibu..sebagai abg, ibu harap kamil akan jadi abg y terbaik utk adik karmila..jaga adik perempuan abg kamil sebaiknya, jaga ibu abah sewaktu kami tua kelak... untuk masa kini apa y ibu harapkan abg kamil belajar bersungguh2, rajin berusaha dan dengar kata ibu abah..jaga kelakuan.. semua yang terindah ibu harapkan untuk anak2 ibu... terima kasih Ya Allah...

untuk aku tahun ni rasanya xperlula sambutan, namun utk abg Kamil inshaAllah akan aku raikan sewaktu kepulangan kakak2 aku yang lain nanti.. meriah sikit dengan anak2 buah berkumpul... syukur dengan segala yang aku perolehi hari ini..segala dugaan yang aku tempuh selama ini aku jadikan sebagai pengalaman untuk mematangkan diri aku dimasa akan datang. kerana aku pasti segala dugaan yang diberikan hadir bersama hikmah yang pasti membahagiakan kelak. aku juga akn berkongsi 1 cerita yang indah di blog ni bila sampai masanya nanti. terima kasih pada semua yang sudi membaca blog ni..... terima kasih untuk segalanya.



No comments:

Post a Comment

NUffnang Ads