Followers

Friday, April 8, 2011

Rawatan Alternatif Guna Ikan Boleh Sebarkan Virus Hepatitis & HIV!!! Awas...

korang pernah x buat rawatan ikan ni??? pernah??? haaaaa baik korang jenjaga.... aku nasib baik xpenah buat... geli jer tengok ikan kekecik tu gigit kaki...eeeee ok2..pagi tadi aku terima 1 email dari kawan aku, n bila aku fikirkan balik memang ada logiknye juga..sebab katala org yang kakinye ada luka*kudis ker g buat rawatan tu, pastu ikan gigit2 kaki dia... pastu datang orang B yang juga ada luka , ikan gigit2 kaki dia.. haaa memang boleh menyebarkan virus tau.. xsemestinya Hepatitis & HIV jer kot... lain2 pun mungkin la kan... *betulkan kalau aku salah...

email yang aku terima tu berbunyi begini..
Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik
yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.
Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri,
“Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”
Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”
Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis.  
Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin).
Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.
Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika

kesahihannya??? waallah hualam.... Sharing is caring... yang pasti kalau dah rasa curiga xyahla buat... lebih baik mencegah dari merawat.... klu nak buat jg, sila kan.... sekian..
tata..

No comments:

Post a Comment

NUffnang Ads