bila tengok video ni buat aku terfikir, adakah seorang wanita yang apabila bergelar isteri sudah tidak perlu berasa risau akan perkara lain selain yang 4 seperti yang disebut ustaz tu? adakah aku juga hanya perlu melengkapi yang 4 tersebut dari memikirkan perkra2 lain? adakah aku hanya perlu biarkan sang suami melakukan apa jua yang diingini tanpa ambil tahu dan peduli dari aku? kerana aku hanya perlu lengkapi yang 4 itu... aku keliru... namun apa yang aku tau seorang wanita yang berkahwin itu perlukan kebahagiaan dan kesempurnaan dalam hubungan tersebut..jadi pasangan perlulah saling melengkapi dan saling peduli antara satu sama lain kan... mungkin dalam masa melengkapi yang 4 itu, aku harus juga peduli dan ambil tahu perkara yang lain... entahla..lain orang lain pendapatnya..tp bagi aku perkahwinan memerlukan komunikasi dan saling mengasihi, tidak perlu sembunyi2 dan perlu jujur... itu jer..dan untuk perkahwinan aku, aku ingin hidup dengan penuh kasih sayang dan dihargai oleh suami dan anak kerana aku juga berhak untuk hidup bahagia... tu jer ^_^ sebab tu nama blog aku "untuk kita aje".... * macam channel 611 Astro Ceria pulak....
tapi aku suka dengan ceramah ustaz ni..kalau dapat full video dia sure lagi syok... *credit utk kak ti yang email kat aku video ni...
No comments:
Post a Comment