Followers

Wednesday, December 22, 2010

Giler Kentang

Aku memang suka makan kentang, tak kira la kentang masak apa pun..potato chips ker, McD frise memang best tp most suka Frise kat A&W lagi sedap... ni tadi tengah blogging2 aku terjumpa entry kat satu blog ni cite pasal kentang a.k.a potato... aku pun rasa macam nak cite pasal kentang juga ^_^ enjoy.... *balik ni rasa nak goreng frise yang ada kat umah tu.... makan dengan Baby Boy sebab Mr.Hubby balik lambat hari ni...


Ubi kentang ni kaya dengan potassium, vitamin C yang membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi.

Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber. Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25 peratus, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah.

Kandungannya juga terdapat bahan yang boleh meneutralkan virus carcinogens dan ianya lebih berkesan berbanding kacang soya. Manakala kulit ubi kentang kaya dengan clorogenic polypherol iaitu ianya dapat membantu mengelakkan daripada mutasi sel yang boleh membawa kepada barah.

antara khasiat lain ubi kentang:
  • Hirisan ubi kentang mentah serta jusnya boleh membantu mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi dan radang otot. 
  • Ubi kentang juga boleh melegakan kesakitan salah urat atau tergeliat, luka-luka kecil dan kebakaran ringan dengan cara menekapkan hirisan kentang di tempat berkenaan selama 15 minit atau lebih. 
  • Ubi kentang lecek (tanpa mentega) boleh memutihkan dan melembutkan tangan.
  • Hirisan ubi kentang pun boleh merawat mata sembab. 

Cute kan kentang ni...seksi u... i like.... ^_^

p/s: tapi ada orang cakap makan kentang banyak2 boleh jadi gemuk..betul ker??? yang aku tau kalau ko memang dah nak gemuk ko tak makan kentang pun ko gemuk juga kan??? hihi mungkin banyak @ sikit jumlah kentang yang dimakan kot... hurmmm watever..yang pasti aku memang suka makan kentang *wink

No comments:

Post a Comment

NUffnang Ads